NEW YORK – Penyerang sensasi Norway, Erling Haaland meledak dua gol untuk membantu pasukannya menewaskan Senegal 3-2 pada aksi kedua Kumpulan I FIFA Piala Dunia 2026 di Stadium New York New Jersey awal pagi tadi.
Kemenangan itu membolehkan Norway mengumpul enam mata daripada dua perlawanan sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan 32 terbaik lebih awal.
Norway terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Marcus Holmgren Pedersen sebelum Haaland menggandakan kelebihan pada babak kedua menerusi dua gol yang meletakkan skuad kendalian Ståle Solbakken di kedudukan selesa.
Senegal bagaimanapun tidak mengalah apabila Ismaïla Sarr mencipta dua gol untuk merapatkan jurang, namun usaha mereka tidak mencukupi untuk mengelakkan kekalahan kedua berturut-turut dalam kejohanan itu.
Keputusan tersebut menyaksikan Norway mengiringi France yang turut mengumpul enam mata selepas dua kemenangan berturut-turut untuk mara ke pusingan kalah mati.
Sementara itu, Senegal kekal di tangga ketiga Kumpulan I tanpa sebarang mata dan perlu memenangi aksi terakhir kumpulan bagi menghidupkan peluang tipis untuk meneruskan cabaran. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – AP Photo