Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Ibu bapa mengadu sekolah antarabangsa gagal tunai janji

Panya Isamael 01/10/2025 (Last updated: 01/10/2025) 0 comments
Screenshot_20251001_142829




KUALA LUMPUR – Lapan ibu bapa warga China tampil membuat aduan kepada Persatuan Persahabatan Malaysia-China (MCFAM) selepas mendakwa sebuah sekolah antarabangsa gagal menunaikan perkhidmatan yang dijanjikan sehingga menjejaskan hak pendidikan anak-anak mereka.

Menurut wakil ibu bapa terbabit, ada kelas yang tidak mempunyai guru mengajar dan pelajar dibiarkan mengisi masa dengan aktiviti sendiri.

Selain itu, masalah kekurangan tenaga pengajar serta kegagalan pihak sekolah menyelenggara kemudahan turut menimbulkan rasa tidak puas hati.

Walaupun aduan telah beberapa kali diajukan, jawapan daripada pihak sekolah didakwa tidak jelas dan mengecewakan.

Akibatnya, kesemua ibu bapa terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan anak masing-masing dari sekolah berkenaan.

Mengikut peraturan, yuran tahunan telah dibayar sepenuhnya dan mereka sudah memaklumkan penarikan diri secara bertulis pada semester lalu, sekali gus menuntut bayaran balik bagi yuran yang belum digunakan.

Namun, ibu bapa terbabit mendakwa pihak sekolah berdolak-dalik dengan pelbagai alasan.

Antaranya, terdapat penolakan atas alasan pakej yuran istimewa tidak termasuk dalam syarat bayaran balik, meskipun perkara itu tidak pernah dinyatakan secara jelas ketika menandatangani dokumen kemasukan.

Berikutan itu, mereka membawa isu tersebut kepada MCFAM untuk tindakan lanjut.

Pengerusi MCFAM Selangor, Datuk Tong Mok berkata pihaknya akan meneliti secara mendalam aduan yang diterima selain berusaha memberi bantuan sewajarnya kepada ibu bapa terbabit.

Dalam pada itu, Presiden MCFAM, Yu Ka Fook berkata persatuan berkenaan akan mengadakan lawatan ke Henan, China pada 11 Oktober ini yang dipimpin oleh pengasas dan penasihatnya, Datuk Seri Cheong Thian Chee.

“Lawatan ini bertujuan memperkukuh semangat persahabatan rakyat Malaysia-China melalui rangkaian aktiviti kebudayaan, pendidikan dan perbincangan dengan beberapa institusi di Henan,” katanya.

MCFAM berharap usaha itu akan menjadi jambatan baharu komunikasi sekali gus menyuntik lebih banyak elemen kerjasama dan persefahaman dalam hubungan dua hala. - DETIK MALAYSIA


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MCW komitmen jalin rakan strategik bebas SPRM
Next: Liridon Krasniqi anggap keputusan FIFA tidak adil, seru rakyat bersatu

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar

Arisna Wiguna 21/07/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by