Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW komitmen jalin rakan strategik bebas SPRM

Panya Isamael 01/10/2025 (Last updated: 01/10/2025) 0 comments
InCollage_20251001_142215784

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan ucapan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyambut ulang tahun penubuhannya ke-58 pada hari ini.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, sejak ditubuhkan pada tahun 1967, SPRM telah menjadi benteng utama negara dalam usaha membanteras jenayah rasuah dan memastikan tadbir urus yang telus serta berintegriti.

“Sepanjang 58 tahun, SPRM bukan sahaja berjaya melaksanakan siasatan dan pendakwaan, malah turut memberi tumpuan terhadap usaha pencegahan, pendidikan serta kerjasama dengan masyarakat sivil,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Jais, cabaran baharu seperti rasuah rentas sempadan, kleptokrasi dan penyalahgunaan kuasa dalam era digital menuntut SPRM memperkukuh strategi bersepadu melalui penggunaan teknologi, kolaborasi antarabangsa serta penglibatan komuniti akar umbi.

Beliau turut menyeru agar kerjasama erat antara SPRM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), media, sektor swasta dan generasi muda diperkukuhkan bagi melahirkan budaya integriti dalam masyarakat Malaysia.

“Sempena ulang tahun ke-58 ini, MCW menegaskan komitmen kami untuk terus menjadi rakan strategik bebas kepada SPRM.

"Kami akan melaksanakan program pendidikan masyarakat, membangunkan kepimpinan muda berintegriti serta menyalurkan pandangan kritis bagi memperkukuh dasar dan pelaksanaan antirasuah,” katanya.

Jais yakin dengan iltizam berterusan SPRM serta sokongan rakyat, Malaysia mampu melangkah ke arah negara Madani yang bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ratusan mangsa tuntut siasatan kes pelaburan forex RM104 juta
Next: Ibu bapa mengadu sekolah antarabangsa gagal tunai janji

Related Stories

sembelih ayam tak halal
  • NASIONAL

PBT perlu diperkasa pantau integriti pasaran halal

Panya Isamael 03/11/2026 0
utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0

TERKINI

  • PBT perlu diperkasa pantau integriti pasaran halal
  • Koperasi HTK rancang lima program Edu-Tourism 2027
  • Piala Asia 2027 ditunda, bermula 23 Disember
  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by