Skip to content
16/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Ratusan mangsa tuntut siasatan kes pelaburan forex RM104 juta

Panya Isamael 01/10/2025 0 comments
Screenshot_20251001_131652

KUALA LUMPUR – Perkembangan siasatan kes penipuan pelaburan forex yang membabitkan kerugian lebih RM104 juta terus mendapat perhatian apabila ratusan mangsa tampil bersama Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, hari ini.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, seramai 386 mangsa tampil mendapatkan bantuan pertubuhan itu selepas mendakwa diperdaya oleh seorang individu warga tempatan dan seorang warga Indonesia yang menjadi dalang utama skim berkenaan.

“Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan mencecah RM104,961,610.07. Mangsa kini mahu mengetahui perkembangan terkini siasatan PDRM selain menyerahkan dokumen tambahan serta senarai saksi baharu untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, laporan polis berhubung kes itu telah dibuat sejak pertengahan tahun lalu, namun sehingga kini mangsa masih menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.

Hishamuddin berkata, mangsa berharap JSJK Bukit Aman memberi komitmen penuh bagi memastikan siasatan dijalankan secara teliti, menyeluruh dan adil sekali gus membawa dalang utama ke muka pengadilan.

“MHO juga merakamkan penghargaan kepada individu yang mempunyai kaitan rapat dengan suspek kerana tampil memberi keterangan, sekali gus membantu mempercepatkan siasatan,” katanya.

MHO yang ditubuhkan sejak 2016 komited memperjuangkan hak asasi manusia melalui pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan dan khidmat guaman termasuk membela mangsa penipuan kewangan di negara ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 22 maut gempa bumi kuat gegar Filipina
Next: MCW komitmen jalin rakan strategik bebas SPRM

Related Stories

bomba
  • PELBAGAI

Lelaki maut tersepit bawah jentolak

Solomon 14/09/2026 0
SEAOCSTW
  • PELBAGAI

573 delegasi SEAOCSTW terokai tarikan Kuala Nerus

Panya Isamael 13/09/2026 0
Prof. Emeritus Dato’ Sri Dr. Osman Bakar
  • PELBAGAI

Rektor UIAM terima Anugerah Kebesaran Diraja Jordan

Solomon 12/09/2026 0

TERKINI

  • Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga Muaythai
  • Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriah
  • BAJU MELAYU DI PENTAS DUNIA
  • Naza wins special jury prize at Venice Film Festival
  • BRICS declaration on Palestine must lead to action – MAPIM
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by