Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Infantino rasmikan Fifa Arena pertama di Malaysia

Panya Isamael 25/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
572465498_1528524251554139_7792993135749588401_n

KELANA JAYA – Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino hari ini merasmikan FIFA Arena pertama di Malaysia yang terletak di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelana, Selangor.

Majlis penuh bersejarah itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin. Perasmian tersebut menandakan satu lagi detik penting dalam usaha memperkukuh pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi negara.

FIFA Arena merupakan sebahagian daripada komitmen global badan induk bola sepak dunia itu untuk membina sekurang-kurangnya 1,000 padang mini di seluruh dunia bagi memperluas akses sukan kepada kanak-kanak. Ia juga menyokong matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDG).

Inisiatif ini diumumkan Infantino pada 25 Julai 2024 ketika International Summit on Sports for Sustainable Development di Paris, sebagai sebahagian pelaburan jangka panjang FIFA dalam pembangunan bola sepak global.

Projek berkenaan memberi keutamaan kepada komuniti dan sekolah yang kurang mendapat akses kepada kemudahan sukan dengan menyediakan ruang permainan selamat, mudah diakses dan inklusif untuk kanak-kanak bermain serta membina keyakinan diri.

Padang mini itu dilengkapi rumput tiruan khas, pagar keselamatan dan sistem penyelenggaraan moden. FIFA turut menyediakan latihan dan panduan teknikal kepada kontraktor tempatan, selain sistem tempahan berstruktur bagi memastikan hasil penggunaan padang digunakan semula untuk penyelenggaraan serta pembangunan berterusan.

Malaysia melalui FAM menjadi antara 211 ahli gabungan FIFA yang menyokong inisiatif berimpak tinggi ini. SK Sri Kelana menjadi lokasi pertama pembinaan FIFA Arena di negara ini, manakala satu lagi padang mini dijangka dibina di SMK Putrajaya Presint 11(2) tidak lama lagi.

Selain projek FIFA Arena, Malaysia turut giat memperluas pelaksanaan program Football for Schools (F4S) usaha sama antara FIFA, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan FAM bagi menjadikan bola sepak lebih mudah diakses oleh pelajar lelaki dan perempuan melalui integrasi aktiviti sukan itu dalam sistem pendidikan.

Pada Ogos lalu, FAM dan FIFA menganjurkan festival Football for Schools di Pulau Pinang dengan penyertaan lebih 200 murid. Program itu mendapat sambutan hangat dan bakal diperluas ke 237 sekolah di seluruh negara.

FAM turut menekankan penyertaan wanita dalam sukan bola sepak, dengan 50 peratus daripada guru dan murid yang terlibat terdiri daripada golongan wanita selaras dengan objektif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA yang menekankan kesamarataan dan peluang saksama dalam sukan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FAM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bagnaia ungguli Sepang, Marquez tempat kedua
Next: Anggota trafik patah betis kiri dilanggar Hilux

Related Stories

Marc Marquez
  • SUKAN

Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua

Solomon 01/11/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by