Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Anggota trafik patah betis kiri dilanggar Hilux

Panya Isamael 26/10/2025 (Last updated: 26/10/2025) 0 comments
3a860b62-4959-4809-ad81-542111ad09bf

KUALA LUMPUR – Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika sedang mengiring delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.10 petang di Kilometer 22.3 Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) itu, mangsa berusia 35 tahun berpangkat Koperal menunggang motosikal jenis Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata anggota berkenaan mengalami patah betis kiri serta cedera di pergelangan kaki dan lutut.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan lanjut,” katanya memetik laporan Bernama.

Menurut beliau, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Yusri turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan mematuhi arahan pergerakan konvoi sepanjang tempoh Sidang Kemuncak ASEAN bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sebelum itu, tular satu rakaman video memaparkan motosikal anggota polis berkenaan dilanggar sebuah Toyota Hilux di laluan kiri lebuh raya terbabit. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Infantino rasmikan Fifa Arena pertama di Malaysia
Next: Anwar perlu tegas, hentikan genosida di Gaza

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by