Skip to content
16/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Bagnaia ungguli Sepang, Marquez tempat kedua

Panya Isamael 25/10/2025 (Last updated: 25/10/2025) 0 comments
571271019_1254031923424657_529647444689087443_n

SEPANG – Francesco Bagnaia membuktikan kelasnya apabila menjuarai perlumbaan sprint race MotoGP Malaysia 2025 di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

Pelumba Ducati itu melakukan permulaan sempurna sebaik lampu hijau menyala, kekal di kedudukan pertama sehingga ke garisan penamat tanpa banyak tentangan.

Alex Marquez (Gresini Ducati) pula tampil cemerlang di tempat kedua selepas menahan asakan Pedro Acosta dan Fermin Aldeguer sepanjang perlumbaan.

Aksi sengit bermula sejak lap pertama apabila Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli saling bertukar kedudukan, manakala Acosta dan Marquez berentap hebat untuk tempat kedua.

Fermin Aldeguer menunjukkan prestasi luar biasa apabila menamatkan saingan di tangga ketiga, selepas berjaya memintas Acosta pada tiga lap terakhir.

Bagnaia terus menjarakkan diri daripada pencabar lain, mencatat kelebihan lebih dua saat pada pertengahan perlumbaan.

Nasib malang menimpa dua pelumba Honda, Joan Mir dan Luca Marini, apabila kedua-duanya terjatuh di selekoh 9 dan 14, sekali gus menamatkan peluang mereka mengutip mata.

Tiada perubahan kedudukan besar sehingga ke penghujung perlumbaan, menyaksikan Bagnaia mengesahkan kemenangan bergaya di Sepang, satu lagi langkah penting dalam usahanya mempertahankan gelaran dunia pada esok. - DETIK MALAYSIA

Keputusan Penuh Sprint Race MotoGP Malaysia 2025:

1. Francesco Bagnaia
2. Alex Marquez
3. Fermin Aldeguer
4. Pedro Acosta
5. Franco Morbidelli
6. Fabio Quartararo
7. Marco Bezzecchi
8. Johann Zarco
9. Enea Bastianini
10. Fabio Di Giannantonio

Foto kredit - MotoGP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim kecam tuduhan program Sara RM100 sebagai ‘sistem komunis’
Next: Infantino rasmikan Fifa Arena pertama di Malaysia

Related Stories

aliff rakib
  • SUKAN

Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga Muaythai

Arisna Wiguna 15/09/2026 0
Mario Silva
  • SUKAN

Buriram perlu tahap tertinggi untuk tewaskan JDT

Solomon 14/09/2026 0
Xisco Muñoz
  • SUKAN

Tiada alasan, Xisco mahu JDT tamatkan badi Buriram

Arisna Wiguna 14/09/2026 0

TERKINI

  • Anugerah Khas Menteri suntik semangat keluarga Muaythai
  • Sambutan Hari Kebangsaan Bagan Datuk meriah
  • BAJU MELAYU DI PENTAS DUNIA
  • Naza wins special jury prize at Venice Film Festival
  • BRICS declaration on Palestine must lead to action – MAPIM
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by