Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Mapim kecam tuduhan program Sara RM100 sebagai ‘sistem komunis’

Panya Isamael 25/10/2025 (Last updated: 25/10/2025) 0 comments
570264949_1310043397471391_5208716498715126030_n

KUALA LUMPUR – tuduhan Ahli Parlimen Temerloh yang melabelkan program bantuan Sara RM100 sebagai “sistem komunis” dan hanya menguntungkan pasar raya besar sebagai tidak berasas, mengelirukan serta memperlekeh dasar kebajikan rakyat.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, kenyataan tersebut menggambarkan salah faham terhadap tujuan sebenar program itu yang bertujuan membantu rakyat berpendapatan rendah menghadapi tekanan kos sara hidup.

“Program Sara RM100 bukan usaha menyamaratakan kekayaan atau pendapatan rakyat seperti dalam sistem komunis. Ia adalah langkah kebajikan berteraskan keadilan sosial bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terpinggir dalam akses kepada barangan asas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, perbandingan dengan sistem komunis adalah tidak tepat dan dangkal kerana komunisme menyamaratakan pemilikan harta, sedangkan Sara RM100 menggunakan dana kerajaan hasil cukai dan pendapatan negara bagi membantu rakyat.

“Langkah ini menunjukkan kerajaan berfungsi sebagai pelindung sosial, bukan penguasa ekonomi seperti dalam sistem komunis,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa program itu hanya menguntungkan kedai besar atau pasar raya, Mapim menjelaskan bahawa penggunaan rangkaian runcit utama pada peringkat awal merupakan langkah sementara bagi menjamin ketelusan, pemantauan digital serta kawalan harga.

“Kerajaan telah menyatakan komitmen untuk melibatkan kedai runcit tempatan, koperasi komuniti dan peniaga kecil dalam fasa seterusnya supaya manfaat ekonomi kembali kepada rakyat di akar umbi. Tuduhan bahawa program ini hanya menguntungkan korporat besar adalah tidak benar dan bersifat prejudis terhadap usaha memperkukuh sistem kebajikan negara,” jelasnya.

Beliau berkata, dasar kebajikan seperti Sara RM100 berpaksikan prinsip keadilan sosial, bukan 'kesamarataan buta' seperti yang dituduh.

“Matlamatnya adalah memastikan rakyat yang lemah dilindungi tanpa menafikan hak mana-mana pihak. Program ini merupakan jaring keselamatan asas agar setiap keluarga mempunyai keupayaan minimum untuk menghadapi peningkatan kos hidup,” katanya.

Tambah beliau, dasar tersebut adalah sebahagian daripada kerangka Madani yang menyeimbangkan tanggungjawab kerajaan dan keperluan rakyat bukan ideologi komunis, tetapi dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial.

“Mapim menyeru agar perbahasan mengenai kebajikan rakyat dilakukan dengan akal, fakta dan empati, bukannya dengan tuduhan ideologi yang menyesatkan. Program Sara RM100 ialah langkah positif ke arah sistem kebajikan moden, digital dan telus,” katanya.

Mohd Azmi turut menggesa kerajaan supaya terus menambah baik mekanisme pelaksanaan program dengan memperluas penglibatan kedai komuniti serta koperasi tempatan bagi memastikan bantuan itu memberi kesan langsung kepada ekonomi rakyat. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim sokong larangan saji alkohol di premis sekolah
Next: Bagnaia ungguli Sepang, Marquez tempat kedua

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by