ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mencipta sejarah tersendiri apabila kini hanya selangkah lagi untuk memecahkan rekod dunia selepas menyamai rekod kedua terpanjang tanpa kalah dalam liga.
Skuad Harimau Selatan mencatat 104 perlawanan tanpa tewas dalam saingan liga, sekali gus menyamai pencapaian kelab Romania, Steaua Bucharest.
Kini, JDT hanya memerlukan lima lagi perlawanan tanpa kalah untuk mengatasi rekod dunia milik kelab Ivory Coast, ASEC Mimosas yang mencatat 108 perlawanan tanpa tewas antara tahun 1989 hingga 1994.
Dominasi JDT dalam Liga Super Malaysia jelas sukar digugat apabila kali terakhir mereka tewas dalam saingan liga adalah pada April 2021.
Malah, kehebatan pasukan itu bukan sahaja terhad dalam liga, tetapi turut melakar rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan domestik sejak tahun sama.
Konsistensi luar biasa itu turut menghadiahkan pelbagai kejuaraan berprestij termasuk pencapaian ‘triple quadruple’ apabila menyapu bersih semua trofi domestik dalam beberapa musim berturut-turut.
Jika momentum ini diteruskan, JDT bukan sahaja mengukuhkan status sebagai kelab paling dominan di Malaysia, malah berpotensi mengukir nama sebagai pasukan terbaik dunia dari segi rekod tanpa kalah. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – JST