Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

JKR arah SK Sijangkang Jaya tangguh sesi persekolahan

Panya Isamael 16/10/2025 (Last updated: 16/10/2025) 0 comments
564605147_1348253800219990_2143963519174120049_n

KUALA LANGAT – Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor menasihatkan pihak Sekolah Kebangsaan (SK) Sijangkang Jaya agar menangguhkan sesi persekolahan sehingga keselamatan struktur bangunan disahkan terjamin susulan kejadian ribut petang semalam.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, keputusan itu dibuat selepas pasukan JKR Selangor dan JKR Kuala Langat turun padang bagi menjalankan pemeriksaan struktur serta penilaian keselamatan di sekolah berkenaan yang mengalami kerosakan apabila sebahagian besar bumbungnya diterbangkan angin.

“Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Selangor turut menjalankan pemeriksaan terhadap sistem pendawaian bangunan terjejas bagi mengelakkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, ribut kuat yang melanda turut menyebabkan runtuhan pada bangunan Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, Telok Panglima Garang.

“Saya dimaklumkan seorang wanita cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan dan berjaya diselamatkan anggota bomba sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan.

“Beberapa murid turut mengalami kecederaan ringan apabila runtuhan berlaku di surau Kafa berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, blok bangunan baharu di bawah program Sekolah Berkepadatan Tinggi yang baru diserahkan hari ini juga mengalami kerosakan kecil pada penutup bumbung dan kontraktor telah diarahkan melaksanakan pembaikan segera.

“JKR kini sedang menyediakan anggaran kerja pembersihan serta perlindungan aset bagi mengelakkan kerosakan lebih serius. Saya telah mengarahkan agar semua tindakan dilaksanakan segera dengan sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nanta menasihatkan orang awam supaya menjauhi kawasan yang terjejas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Bersama-samalah kita menjaga keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang wanita cedera selepas terperangkap di bawah runtuhan bangunan Pejabat Penyelaras Dun Sijangkang di Dewan Wawasan Kampung Medan, di sini.

Runtuhan turut menjejaskan sebuah bangunan surau Kafa berhampiran berkeluasan 50 x 60 kaki persegi dan kira-kira tujuh hingga sembilan murid Kafa mengalami kecederaan ringan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.24 petang. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dihapuskan
Next: Wang simpanan kahwin lesap, teman wanita ‘lari’

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by