Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Wang simpanan kahwin lesap, teman wanita ‘lari’

Panya Isamael 16/10/2025 (Last updated: 16/10/2025) 0 comments
8507183c-9c68-4f04-8228-f12e901fcd5e

KUALA LUMPUR – “Saya hilang semua simpanan masa depan dan wang untuk berkahwin. Akibatnya, hubungan saya musnah dan teman wanita meninggalkan saya selepas mengetahui semua wang saya lesap.”

Itu luahan Lim, 38, yang menjadi mangsa penipuan pelaburan forex antarabangsa, mengakui kerugian lebih RM100,000, iaitu keseluruhan wang hasil titik peluhnya selama bertahun-tahun.

Menurutnya, skim pelaburan berkenaan disertai selepas diperkenalkan oleh rakan-rakan dalam rangkaian sosialnya, yang turut melabur kerana percaya kepada reputasi kononnya kukuh dan lesen operasi antarabangsa.

Lim turut mendedahkan bahawa pihaknya bersama beberapa mangsa lain telah mengumpulkan bukti kukuh termasuk identiti individu tempatan yang bertindak sebagai ‘introducer broker’ dan dalang utama skim berkenaan.

“Kami sudah serahkan semua bukti kepada pihak berkuasa. Namun sehingga kini tiada tindakan tegas diambil. Malah, kami dapati ada individu yang sama kini memulakan satu lagi skim pelaburan baharu,” katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat bertindak secara bersepadu bagi menumpaskan sindiket berkenaan yang dipercayai beroperasi secara rentas negara.

“Jika tiada tindakan diambil, mereka akan terus menipu lebih ramai mangsa. Kami rayu agar pihak berkuasa campur tangan segera,” ujarnya.

Terdahulu, beliau bersama lebih 50 mangsa skim pelaburan forex dan mata wang kripto hadir menyerahkan aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia bagi memohon siasatan menyeluruh terhadap program pelaburan yang disyaki dijalankan secara tidak sah dan tidak berdaftar oleh seorang lelaki warga tempatan.

Serahan aduan itu diketuai Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia yang mewakili 230 mangsa dengan jumlah kerugian dianggarkan melebihi RM83 juta. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: JKR arah SK Sijangkang Jaya tangguh sesi persekolahan
Next: Pelakon veteran Charlie Nu’man meninggal dunia

Related Stories

PolyCCSkills 2026
  • PELBAGAI

PolyCCSkills 2026 perkasa bakat TVET dalam bidang High Rope

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
azmi
  • PELBAGAI

Ahli Kongres AS perlu hormati kedaulatan Malaysia

Panya Isamael 23/07/2026 0
Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by