Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Hukuman rotan di sekolah tidak pernah dihapuskan

Panya Isamael 15/10/2025 (Last updated: 15/10/2025) 0 comments
IMG_20251015_202756

KUALA LUMPUR – Hukuman rotan di sekolah sebenarnya tidak pernah dimansuhkan sejak tahun 1954, sebaliknya masih dibenarkan selagi ia dilaksanakan mengikut prosedur ketat yang ditetapkan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kuasa untuk merotan hanya diberikan kepada pengetua atau guru besar, dan pelaksanaannya perlu dilakukan secara tertutup serta bertujuan mendidik, bukan menyakitkan.

“Rotan hanya boleh dilaksanakan sebagai langkah terakhir bagi memberikan pengajaran dan tidak boleh dilakukan secara terbuka atau sehingga memudaratkan pelajar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk Mohamad Ezri Abdul Wahab dan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak Malaysia yang juga Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menurut Dr. Asyraf, pertemuan tersebut turut membincangkan kepentingan memberikan kesedaran dan pengetahuan berkaitan aspek perundangan, bimbingan kaunseling serta intervensi psikologi melibatkan isu buli dan jenayah dalam kalangan kanak-kanak.

“Antara yang dibincangkan termasuk isu hubungan seksual secara suka sama suka dengan pasangan bawah umur yang tetap dikategorikan sebagai kesalahan jenayah rogol (statutory rape),” jelasnya.

Tambahnya, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suhakam dan Majlis Peguam Malaysia bersetuju untuk bekerjasama dengan Mara bagi melaksanakan program kesedaran dan bimbingan di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMA) termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

“Melalui kerjasama ini, peguam-peguam di seluruh negara akan turun padang memberi motivasi, bimbingan dan kesedaran mengenai isu buli, jenayah juvana serta dadah, sebagai langkah pencegahan awal di samping penguatkuasaan undang-undang,” katanya.
Beliau turut menegaskan prinsip yang diterapkan MARA dalam menangani kes buli, iaitu #YouTouchYouGo yang membawa maksud tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku tanpa kompromi. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pejabat Penyelaras Dun Sijangkang runtuh, wanita cedera parah
Next: JKR arah SK Sijangkang Jaya tangguh sesi persekolahan

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by