Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Kemarau 31 tahun tamat, KL julang Piala Emas Raja-Raja

Panya Isamael 16/11/2025 (Last updated: 16/11/2025) 0 comments
581885854_1139023438412760_8397806522053421181_n

BANGI – Skuad Kuala Lumpur akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan lebih tiga dekad apabila muncul juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2025 selepas menundukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 1-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), malam tadi.

Kali terakhir skuad Warga Kota meraih trofi berprestij itu adalah pada edisi 1994, sekali gus menjadikan kejayaan malam ini penuh bermakna buat pasukan bimbingan Zolkipli Samion.

Gol kemenangan Kuala Lumpur hadir pada minit ke-43 menerusi penyudah kemas Suhaimi Abu yang pantas memanfaatkan kekalutan di benteng pertahanan ATM untuk melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Memasuki babak kedua, ATM bangkit meningkatkan tempo permainan dan melancarkan beberapa siri serangan berbahaya dalam misi mencari gol penyamaan.

Drama tercetus pada masa kecederaan apabila ATM dihadiahkan sepakan penalti, namun Seherry Aladin gagal menyempurnakannya sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kejayaan edisi ke-103 itu dianggap ‘penawar duka’ selepas Kuala Lumpur tewas kepada Selangor dalam perebutan Piala Agong 2025 bulan lalu. – DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Persatuan Bolasepak Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia sasar aksi mantap Deaflympics Tokyo 2025 bermula esok
Next: Selangor FC dihukum aksi tanpa penyokong dan didenda RM100,000

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by