Skip to content
29/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • LUAR NEGARA
  • NASIONAL

Kempen kebencian anti-Muslim di India semakin memburuk

Panya Isamael 27/12/2025 (Last updated: 27/12/2025) 0 comments
000_328E9BX

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan kebimbangan serius terhadap kemerosotan ketara suasana Islamofobia dan keganasan anti-Muslim di India, yang didakwa semakin membimbangkan dan bersifat sistematik.

Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, peningkatan itu didorong oleh ekosistem ucapan kebencian, serangan vigilante, penguatkuasaan diskriminasi serta intimidasi berterusan terhadap komuniti Muslim di negara berkenaan.

Beliau berkata, insiden yang didokumenkan di beberapa negeri India menunjukkan corak berulang yang konsisten, sekali gus menggambarkan wujudnya persekitaran permisif apabila naratif ekstrem dinormalisasi, kempen boikot awam digalakkan, dan mangsa sering gagal dilindungi, malah ada yang dikriminalkan selepas kejadian.

“Laporan serta pangkalan data insiden bagi Oktober 2025 memperlihatkan peningkatan serangan berkaitan ‘vigilante lembu’, ucapan kebencian secara terbuka yang menggesa boikot, serta kempen terancang yang menstigma peniaga dan komuniti Muslim,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd. Azmi berkata beberapa pemerhatian utama, termasuk keganasan vigilante atas nama ‘perlindungan lembu’, seperti serangan terhadap pengangkut lembu di Jalna, Maharashtra, yang didakwa dilakukan secara agresif oleh kumpulan mob.

Selain itu, ucapan kebencian yang melabel Muslim sebagai pengganas, menyebarkan fitnah berkaitan makanan serta seruan boikot yang disampaikan secara terbuka dalam program keagamaan dan khalayak ramai turut membentuk budaya dehumanisasi.

Mapim turut menzahirkan kebimbangan terhadap penggunaan pengasingan ekonomi sebagai alat tekanan politik, apabila kempen tertentu menggambarkan perniagaan Muslim sebagai ‘tidak bersih’ atau ‘tidak diingini’, sekali gus memperluas diskriminasi ke ruang ekonomi harian.

“Corak berulang di pelbagai wilayah ini tidak boleh dianggap kebetulan dan memerlukan perhatian antarabangsa yang segera serta serius,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Azmi menggesa campur tangan komuniti antarabangsa, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) serta Pelapor Khas berkaitan, bagi mempergiat pemantauan dan mengeluarkan laporan khusus berhubung jenayah kebencian serta diskriminasi terhadap Muslim di India.

Beliau turut menyeru Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan konsultasi kecemasan serta mewujudkan mekanisme pemantauan dan diplomasi berprinsip, selain menggesa negara ASEAN membangkitkan isu berkenaan melalui platform serantau dan dua hala.

Dalam masa sama, Mohd. Azmi menggesa Kerajaan Malaysia mengambil pendirian tegas melalui saluran diplomatik bagi mendesak perlindungan minoriti, siasatan telus terhadap jenayah kebencian serta menolak budaya impuniti terhadap keganasan mob dan kempen hasutan.

“Mapim berdiri bersama Muslim India dan semua komuniti yang menjadi mangsa penindasan dan kebencian. Diam terhadap diskriminasi sistemik bermakna bersekongkol,” katanya.

Ujarnya, komuniti antarabangsa mesti bertindak dengan kejelasan moral dan ketegasan undang-undang bagi mencegah peningkatan keganasan serta mempertahankan maruah kemanusiaan. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - AFP

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Ong Kim Swee dilantik Pengarah Teknikal Baharu NFDP
Next: Ekonomi manusiawi agenda dakwah kontemporari

Related Stories

Manivannan
  • NASIONAL

Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting

Solomon 28/10/2026 0
AZMI MAPIM
  • LUAR NEGARA
  • TITIK PANDANG

Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine

Arisna Wiguna 28/10/2026 0
Dr R Manivannan - Foto: Bernama
  • NASIONAL

54 MALAYSIANS STILL MISSING, MASFIH TO MEET HUMAN RESOURCES MINISTER TOMORROW

Solomon 27/10/2026 0

TERKINI

  • CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 
  • Pilihan raya Israel belum tentu bawa perubahan kepada Palestin
  • Aid for 54 Families of Missing Malaysians to Be Raised at Cabinet Meeting
  • Tiket MotoGP percuma menanti pengunjung Sembang Santai bersama Ahmad Zahid
  • Israel Election Unlikely to Guarantee Better Future for Palestine
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by