KOTA TINGGI – Bukan manusia sahaja memerlukan bantuan ketika kecemasan apabila seekor kambing turut diselamatkan selepas kepalanya tersangkut pada palang besi di Taman Sri Lalang di sini awal pagi semalam.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Tinggi menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.51 pagi.
Susulan itu, pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Tinggi digerakkan ke lokasi bagi membantu membebaskan haiwan berkenaan.
Kambing terbabit dipercayai mengalami kesukaran selepas kepalanya tersangkut pada palang besi.
Operasi menyelamat melibatkan lima anggota lain-lain pangkat (LLP) dan berjaya membebaskan kambing berkenaan.
Kejadian itu menunjukkan tugas pasukan penyelamat, khususnya APM, bukan sahaja tertumpu kepada manusia, malah turut membantu haiwan yang berada dalam keadaan kecemasan. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – APM Kota Tinggi
