Skip to content
31/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

MCW gesa siasatan bebas susulan pendedahan mengejut FIFA

Panya Isamael 19/11/2025 (Last updated: 19/11/2025) 0 comments
FB_IMG_1763559458821

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Rakyat Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menggesa satu siasatan bebas dan menyeluruh dijalankan susulan pendedahan mengejutkan dalam keputusan penuh Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Jawatankuasa Rakyat MCW dalam kenyataan berkata, keputusan FIFA setebal lebih 100 muka surat itu sebagai tamparan hebat terhadap integriti sukan negara apabila penemuan menunjukkan dokumen kelahiran datuk dan nenek pemain dipalsukan secara sistematik serta proses verifikasi yang didakwa dipintas.

Menurut MCW, FIFA menggunakan istilah keras seperti gross negligence, lack of credibility, fabricated documents, undue sporting advantage dan flawed victim narrative, sekali gus menolak hujah pembelaan FAM serta pemain terbabit.

“Ini bukan lagi isu teknikal. Ini adalah pencabulan integriti negara yang memberi kelebihan sukan secara tidak adil, memalukan Malaysia di mata dunia dan menimbulkan keraguan terhadap proses naturalisasi,” kata kenyataan itu hari ini.

MCW berkata, campur tangan segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri perlu dilakukan berikutan beberapa persoalan serius yang didedahkan FIFA.

“Malaysia mesti kembali dihormati bukan kerana keputusan di padang semata-mata, tetapi kerana moral, integriti dan kejujuran pentadbir bola sepaknya," katanya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan FIFA mendedahkan FAM dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya sepatutnya dihukum dengan lebih berat selepas mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib, September lalu.

Menerusi alasan bertulis yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA semalam, badan induk tersebut memaklumkan hukuman yang dikenakan ke atas FAM serta semua pemain telah menjadi salah satu agenda dalam proses prosiding yang dilakukan bulan lalu.- DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Malaysia NT

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: SPRM Selangor, PDRM perkukuh kerjasama strategik
Next: Beri peluang kedua, jangan pinggir bekas penagih

Related Stories

kpdn selangor
  • NASIONAL

KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700

Panya Isamael 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025

Solomon 30/07/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS

Arisna Wiguna 30/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by