Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

SPRM Selangor, PDRM perkukuh kerjasama strategik

Panya Isamael 19/11/2025 (Last updated: 20/11/2025) 0 comments
b36941e9-c883-4e65-bdb8-033126535be8

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor memperkukuhkan kerjasama strategik melalui perkongsian maklumat dan pemantapan operasi bersama, langkah penting bagi mempertingkat keberkesanan integriti serta pencegahan rasuah.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli berkata, kerjasama itu diharap dapat meningkatkan keberkesanan tindakan pencegahan rasuah serta memperkukuh tahap integriti dalam pasukan keselamatan negeri.

“Kolaborasi ini membolehkan SPRM dan PDRM bertindak lebih bersepadu dalam menghadapi cabaran berkaitan integriti dan tadbir urus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Azwan melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, di pejabat Ketua Polis Selangor di Shah Alam.

Perbincangan dua hala turut memberi tumpuan kepada aspek perkongsian maklumat, pemantapan operasi bersama serta pelaksanaan program pendidikan integriti dan antirasuah sejajar dengan komitmen berterusan PDRM Kontinjen Selangor untuk memastikan tahap integriti pasukan keselamatan sentiasa berada pada tahap tertinggi.

SPRM Selangor turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas komitmen berterusan dalam mengekalkan tahap integriti pasukan keselamatan.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Selangor, Azuan Adzhar; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab; pegawai kanan PDRM serta pegawai kanan SPRM Selangor. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: ACQ 2027: Harimau Malaya hampiri Arab Saudi selepas jinakkan Nepal
Next: MCW gesa siasatan bebas susulan pendedahan mengejut FIFA

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by