Skip to content
30/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Muhamad Yusof perbaiki kedudukan di Kejohanan Dunia Para Berbasikal 2025

Panya Isamael 17/10/2025 (Last updated: 17/10/2025) 0 comments
e448dc53-2c7e-46c5-b89d-04a12f8557d8

RIO DE JANEIRO – Atlet para berbasikal negara, Muhammad Yusof Hafizi Shaharuddin membuktikan kemampuan luar biasa apabila berjaya meraih pingat perak dalam acara 1 kilometer Time Trial (TT) kategori MC1 di UCI Para Cycling Track World Championships 2025 yang berlangsung di Velodrom Rio de Janeiro, semalam.

Pelumba berusia 27 tahun itu mencatat masa 1 minit 14.117 saat, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri yang sebelum ini 1:15.572, dicatatkan di venue yang sama pada edisi tahun lalu.

Lebih manis, kejayaan kali ini menyaksikan Yusof memperbaiki kedudukannya daripada pencapaian terdahulu dan menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pelumba Sepanyol, Ten Argiles Recardo, yang menjuarai perlumbaan pada peringkat akhir.

Menurut jurulatihnya, Mohd Rizal Tisin yang juga bekas jaguh berbasikal negara, pencapaian itu adalah hasil kerja keras dan disiplin tinggi atlet sepanjang sesi latihan menjelang kejohanan berprestij tersebut.

“Ini kali pertama Yusof meraih pingat perak di kejohanan dunia, dan catatan masa baharunya menunjukkan peningkatan ketara. Kami berharap momentum ini diteruskan menjelang ASEAN Para Games di Korat dan Asia Para Games di Nagoya tahun depan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Berbasikal Para, Siti Marina Arshad dari Majlis Sukan Negara (MSN) berkata, Yusof merupakan antara atlet tumpuan dan diharap dapat terus mengulangi kejayaan di kejohanan akan datang.

Selain Yusof, pasangan Mohd Khairul Hazwan Wahab-Muhammad Khairul Adha Rasol bersama gandingan Nur Suraiya Muhammad Zamri-Farina Shawati Mohd Adnan bagi acara MB/WB Tandem Team Sprint turut menunjukkan aksi membanggakan apabila menduduki tempat keempat selepas tewas kepada Great Britain dengan catatan masa 52.729 saat berbanding 50.406 saat.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Zuhairie Ahmad Tarmizi menamatkan saingan MC5 1km TT di tempat ke-10 dengan catatan 1:08.571.

Muhammad Yusof dijangka kembali beraksi dalam acara Sprint 200 meter pada hari ketiga kejohanan dengan harapan dapat menambah koleksi pingat negara. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Pemuda Johor diperdaya kerja di Singapura, dijual jadi ‘scammer’ di Kemboja
Next: SMK Taman Desa Skudai, Akademi Mokhtar Dahari tentukan kejuaraan edisi 2025

Related Stories

arab saudi afc
  • SUKAN

Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029

Solomon 30/07/2026 0
ANGKAT BERAT
  • SUKAN

Lima emas bukti jurulatih tempatan setanding terbaik dunia

Arisna Wiguna 30/07/2026 0
tan cheng hoe
  • SUKAN

Harimau Malaya semakin serasi, Cheng Hoe tetap waspada jumpa Thailand

Arisna Wiguna 29/07/2026 0

TERKINI

  • KPDN serbu firma perunding, rampas perisian haram RM107,700
  • UPSI iktiraf kecemerlangan mahasiswa menerusi Anugerah Tokoh Siswa 2025
  • Mahasiswa UPSI raih tempat ketiga kejohanan teknologi dunia di AS
  • UPSI, Yayasan MR. D.I.Y. perkasa pendidikan STEM
  • Arab Saudi kekal tuan rumah final ACL Elite hingga 2029
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by