Skip to content
01/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Pelaburan RM5 bilion bukti Pahang destinasi ekonomi berdaya saing

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
558306233_1373213427495825_5782224668489379847_n

PUTRAJAYA – Pahang terus membuktikan keupayaannya sebagai pemacu utama ekonomi Pantai Timur apabila berjaya merealisasikan pelaburan berjumlah RM5 bilion menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, pencapaian itu sekali gus mewakili 90 peratus daripada sasaran tahunan ECERDC sebanyak RM5.6 bilion bagi tahun 2025.

“Pelaburan ini diterajui sektor pembuatan sebanyak 41 peratus, minyak dan gas (34 peratus) serta perkhidmatan (25 peratus), dan telah mewujudkan 2,846 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat negeri ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Selain itu, pelaburan komited berjumlah RM3.9 bilion turut dicatatkan, dengan tumpuan kepada sektor pembuatan (95 peratus) dan pertanian (5 peratus), yang dijangka menjana 3,185 lagi peluang pekerjaan apabila direalisasikan sepenuhnya.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Pahang yang diadakan di Putrajaya semalam, turut berlangsung dua acara penting iaitu pertukaran dokumen pelaburan bernilai RM1.6 bilion antara ECERDC dan empat syarikat utama, serta penyerahan Pusat Konservasi dan Informasi Penyu (TCIC) Cerating kepada Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

Empat syarikat yang memeterai pelaburan di Pahang ialah PKNP Fire Phoenix Data Center Sdn. Bhd., yang akan menubuhkan Pusat Data Kecerdasan Buatan (AI); Sinolion Wheels Technology Sdn. Bhd., yang akan menghasilkan rim roda aloi aluminium; Malaysian Solar Resources Sdn. Bhd., yang akan membangunkan kilang pembuatan berasaskan teknologi hijau; serta Lionphos Sdn. Bhd., yang akan menghasilkan fosfat gred makanan dan gred elektronik.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri juga menyambut baik penyerahan TCIC Cerating kepada Jabatan Perikanan Pahang sebagai langkah penting dalam memperkukuh sektor ekopelancongan dan pemuliharaan biodiversiti.

“Kerajaan Negeri menyokong penuh usaha ECERDC dalam menarik pelaburan strategik bernilai tinggi yang selaras dengan Aspirasi Pahang 1st, demi pertumbuhan mampan, inovasi serta peluang pekerjaan berkualiti untuk rakyat,” katanya. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB Wan Rosdy Wan Ismail

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 9 delegasi Malaysia selamat, tiada kecederaan
Next: Pelajar KPTM jadi ‘wira jalan raya’ bantu mangsa kemalangan di Gua Musang

Related Stories

UPSI
  • NASIONAL

UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV

Panya Isamael 01/11/2026 0
Jais MCW
  • NASIONAL

MCW urges MACC to review alleged retaliation against corruption whistleblower

Solomon 01/11/2026 0
Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

47 DELEGASI TIGA NEGARA SERTAI FAM TRIP TERENGGANU

Panya Isamael 01/11/2026 0

TERKINI

  • Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua
  • 54 Malaysians still missing, no deaths officially confirmed – MASFIH
  • Kuasa politik Arab mampu cabar dominasi Zionis di Israel
  • UPSI terima sumbangan Proton e.MAS 7, perkukuh pembelajaran teknologi EV
  • MCW urges MACC to review alleged retaliation against corruption whistleblower
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by