Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Penjenayah maut berbalas tembakan

Panya Isamael 25/11/2025 (Last updated: 25/11/2025) 0 comments
1863650

SEPANG – Seorang penjenayah yang bertindak agresif maut ditembak selepas berbalas tembakan dengan polis dalam insiden tegang di Batu 8, Jalan Banting–Dengkil, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8.10 malam itu berlaku ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sedang melakukan operasi membanteras kegiatan samun di sekitar Banting, Dengkil dan Sepang.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, pasukan operasi terserempak sebuah Perodua Myvi dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Tiba-tiba suspek melepaskan tembakan dari dalam kenderaan ke arah anggota polis. Pasukan polis terpaksa membalas tembakan bagi menamatkan ancaman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek, seorang lelaki tempatan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Pemeriksaan lanjut polis menemui sepucuk pistol Colt .45, tiga butir peluru jenama Kynoch kaliber .45 serta tujuh paket plastik lut sinar berisi serbuk kristal disyaki dadah di dalam kenderaan suspek.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala Sultan Azlan Shah 2025 : Gol minit akhir ragut kemenangan Speedy Tigers di Ipoh
Next: Speedy Tigers kekal menyengat, Kanada jadi mangsa

Related Stories

retort
  • NASIONAL

Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur

Solomon 25/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by