Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Speedy Tigers kekal menyengat, Kanada jadi mangsa

Panya Isamael 25/11/2025 (Last updated: 25/11/2025) 0 comments
589604243_1145781020870223_3906269299358047386_n

IPOH – Skuad Speedy Tigers mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit menewaskan Kanada 3-2 dalam aksi penuh dramatik pada perlawanan kedua Pusingan Kumpulan Sultan Azlan Shah Cup (SASC) 2026 di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, malam tadi.

Perlawanan yang sepatutnya bermula pukul 8 malam hanya dapat dimulakan pada 10.08 malam selepas padang disahkan selamat untuk dimainkan akibat hujan lebat.

Malaysia bermula garang apabila Akhimullah Anuar meledak gol seawal minit ke-4 hasil serangan tersusun yang menggegarkan penyokong tuan rumah.

Namun Kanada pantas menyamakan kedudukan menerusi Sean Davis pada minit ke-12 selepas memanfaatkan kelekaan benteng Malaysia. Pelawat terus menambah derita Speedy Tigers pada minit ke-16 apabila Matthew Sarmento menyempurnakan pukulan sudut penalti untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Tiga minit kemudian, stadium kembali bergema apabila Abu Kamal Azrai merembat masuk gol padang cantik pada minit ke-19 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Bintang negara, Faizal Saari, sekali lagi membuktikan ketajamannya apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-24 dengan penyudah padu yang menewaskan penjaga gol Kanada bagi meletakkan Malaysia di depan 3-2, jaringan yang akhirnya menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.

Walaupun kedua-dua pasukan terus saling menyerang mencari gol tambahan, barisan pertahanan Malaysia kekal kental sehingga wisel penamat dibunyikan.

Keputusan itu hadir sehari selepas Malaysia mencatat keputusan seri 2-2 menentang New Zealand, sekali gus memastikan Speedy Tigers terus kukuh memburu kedudukan terbaik dalam kejohanan edisi 2026.

Dalam satu lagi perlawanan, New Zealand menewaskan Korea Selatan 3-1, manakala aksi Belgium menentang India ditangguhkan ke Selasa pagi berikutan hujan lebat.

Foto kredit - Hokita

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Penjenayah maut berbalas tembakan
Next: Adun Rungkup turun padang, tenangkan mangsa banjir di PPS

Related Stories

kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0
Aidil Shahrin
  • SUKAN

Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown

Solomon 17/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish sasar keputusan lebih bergaya di Austria

Arisna Wiguna 16/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by