Skip to content
28/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Pertarungan panas di Bangkok, Johan Ghazali cabar wakil Myanmar

Panya Isamael 24/01/2026 (Last updated: 24/01/2026) 0 comments
S__57294862

BANGKOK – Bintang muda Muay Thai sensasi Malaysia-Amerika Syarikat, Johan “Jojo” Ghazali, bakal kembali beraksi di pentas ONE Championship apabila dijadualkan bertemu pendatang baharu dari Myanmar, Ye Yin Aung, pada kejohanan ONE Lumpinee 141.

Pertarungan kategori flyweight Muay Thai (125–135 paun) itu akan berlangsung pada Jumaat, 6 Februari 2026 di Stadium Tinju Lumpinee (Ram Inthra), dengan acara dijadual bermula pada 7.30 malam waktu Malaysia.

Johan, 19, kembali ke gelanggang selepas terlepas aksi terdahulu di ONE Fight Night 39 pada 24 Januari lalu apabila lawannya, Sean Climaco (Filipina-Amerika Syarikat), terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Situasi tersebut menyaksikan Jojo kembali beraksi di pentas ONE Lumpinee buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun, sekali gus membuka peluang untuknya membina semula momentum kemenangan.

Sejak memperoleh kontrak rasmi bersama ONE Championship pada November 2023, Johan mencatat tiga kemenangan daripada enam penampilan, dengan aksi terbaharunya mencuri perhatian apabila menumbangkan wakil Maghribi, Zakaria El Jamari, menerusi TKO pusingan pertama pada ONE Fight Night 35, September tahun lalu.

Kemenangan bergaya itu membuktikan potensi besar yang dimiliki remaja kelahiran Amerika Syarikat itu, yang kini berazam untuk terus mengukuhkan kedudukan di pentas dunia.

Namun, cabaran kali ini bukan mudah apabila Ye Yin Aung hadir bukan sebagai pelengkap jadual.

Walaupun membuat penampilan sulung di ONE Championship, petarung berusia 20 tahun itu memiliki rekod profesional mengagumkan 29 kemenangan daripada 35 perlawanan, selain pernah mencuri tumpuan dalam kejohanan THAI FIGHT yang menggunakan format balutan tali.

Ye Yin Aung turut memperkukuhkan persediaannya apabila menyertai Mehdi Zatout Team di Pattaya, berlatih di bawah pemantauan rapat jaguh berpengalaman, Black Panther.

Dengan perhatian besar terarah kepada Johan, wakil Myanmar itu bertekad mencipta kejutan dan menumbangkan antara prospek muda paling hangat dalam arena Muay Thai dunia.

Pertembungan ini dijangka menjadi ujian penting buat Johan Ghazali dalam misi membina konsistensi dan mengukuhkan namanya sebagai antara bintang masa depan ONE Championship. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - ONE

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Sekatan FIFA tamat, Kelantan Red Warrior tarik nafas lega
Next: 260 wartawan gugur di Gaza, Mapim desak dunia bangkit

Related Stories

John Stones
  • SUKAN

John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan

Arisna Wiguna 28/07/2026 0
Andi Farid Izdihar
  • SUKAN

Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang

Panya Isamael 28/07/2026 0
SULTAN Ibrahim
  • SUKAN

F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain

Solomon 27/07/2026 0

TERKINI

  • 32 delegasi Teluk Ketapang sertai Sidang Kemuncak Pendidikan, Budaya di Makasar
  • John Stones pilih Inter, Liverpool dan Arsenal kempunan
  • Andi Farid terlepas aksi ARRC, alami beberapa keretakan tulang
  • F1 kembali ke Sepang hasil diplomasi diraja Malaysia-Bahrain
  • Tekong warga asing diberkas di perairan Kapar
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by