Skip to content
20/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sekatan FIFA tamat, Kelantan Red Warrior tarik nafas lega

Panya Isamael 24/01/2026 (Last updated: 24/01/2026) 0 comments
615966596_122121905481028407_4000899609576139700_n

KOTA BHARU – Kelantan Red Warrior FC menerima suntikan semangat besar apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) secara rasmi menarik balik sekatan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap kelab itu sebelum ini.

Menerusi surat pengesahan bertarikh 22 Januari 2026, FIFA memaklumkan bahawa larangan perpindahan yang dikenakan pada 19 Disember 2025 telah dibatalkan sepenuhnya dan secara kekal.

Menurut FIFA, keputusan tersebut dibuat selepas tiada sebarang maklum balas diterima daripada Pol Corpas Cuatrecasa, pihak yang mengemukakan tuntutan sehingga mencetuskan kes berkenaan.

“Berikutan kegagalan pihak berkenaan memberikan respons, semua prosiding yang sedang berjalan melibatkan Kelantan Red Warrior FC telah ditutup sepenuhnya,” menurut kenyataan badan induk bola sepak dunia itu.

Susulan keputusan tersebut, FIFA turut mengesahkan bahawa sekatan pendaftaran pemain baharu terhadap kelab itu telah ditarik balik tanpa tempoh had.

Pihak pengurusan Kelantan Red Warrior FC menegaskan bahawa isu berkenaan sepatutnya tidak membabitkan kelab, memandangkan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pertikaian tersebut.

Namun begitu, sekatan berkenaan sebelum ini memberi kesan besar terhadap operasi pasukan, khususnya dalam urusan pendaftaran pemain ketika fasa penting musim pertandingan.

Dengan jendela perpindahan kedua kini dibuka, keputusan FIFA itu membolehkan Kelantan Red Warrior FC kembali mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi baki saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2025/26.

Penarikan semula sekatan itu dijangka menjadi kelegaan tepat pada masanya buat skuad Red Warriors dalam usaha memperkukuhkan pasukan dan menghidupkan semula misi mereka di atas padang bagi baki musim. - DETIK MALAYSIA

Kredit Foto - KRWFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala Malaysia : VAR, kad merah tak halang Selangor ke suku akhir
Next: Pertarungan panas di Bangkok, Johan Ghazali cabar wakil Myanmar

Related Stories

halim kader
  • SUKAN

Abdul Halim Kader mahu semua pegawai bersatu jayakan sepak takraw

Panya Isamael 19/09/2026 0
jais abdul karim
  • SUKAN

Integriti mesti bermula dengan kepimpinan

Panya Isamael 19/09/2026 0
kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0

TERKINI

  • Enam hari hilang, keluarga cari Qaseh Atika
  • Jais bersedia pikul amanah di Nagoya
  • KTMB gantung tugas pekerja kontraktor terbabit insiden pergaduhan di Stesen Labu
  • Ular masuk bangunan Hive 9 Mranti Park
  • Tawaran kerja pengurus, lelaki rugi RM39,000
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by