Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala Malaysia : Drama minit akhir bawa KL City ke suku akhir

Panya Isamael 26/01/2026 (Last updated: 26/01/2026) 0 comments
622419982_18340812214237328_8694132270182536242_n

KUALA LUMPUR – KL City FC mara ke suku akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas mencipta kebangkitan dramatik menewaskan Perak FC 3-2 secara agregat dalam aksi pusingan 16 terbaik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Berbekalkan sokongan padu penyokong sendiri, The City Boys bangkit cemerlang selepas tewas dua gol pada perlawanan pertama untuk menafikan impian skuad Seladang.

Ketua jurulatih KL City mempertaruhkan Quincy Kammeraad selaku penjaga gol utama, manakala Paulo Josué diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai kapten dengan Safawi Rasid mengetuai jentera serangan.

Sejak sepak mula, KL City tampil agresif apabila asakan bertali arus dilancarkan menerusi Safawi dan Zhafri Yahya bagi memburu jaringan awal.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-25 namun rembatan kencang Zhafri berjaya ditepis kemas oleh penjaga gol Perak, Syazwan Syazany. Usaha Gorka Larrucea sebelum rehat juga gagal menemui sasaran.

Kebuntuan akhirnya terlerai pada minit ke-56 apabila Safawi tenang menyempurnakan sepakan penalti sekali gus merapatkan kedudukan agregat.

Ketika Perak dilihat hampir mempertahankan kelebihan mereka, Paulo Josué muncul wira KL City apabila meledak sepakan percuma cantik pada minit ke-90 untuk mengikat agregat dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Momentum terus memihak kepada tuan rumah apabila Nicolao Cardoso meledak gol kemenangan pada minit ke-105 menerusi rembatan padu yang menewaskan Syazwan.

Keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan agregat 3-2 memihak KL City.

KL City dijadual bertemu Terengganu FC pada aksi suku akhir selepas skuad Pantai Timur itu mengesahkan kemaraan mereka dengan menyingkirkan UM-Damansara sebelum ini. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - KL City FC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Bagan Datuk melangkah ke era industri makanan halal berteknologi tinggi
Next: Piala Malaysia : Gol Luqman Hakim pacu N9 ke suku akhir

Related Stories

jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by