Skip to content
26/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala Malaysia : Gol Luqman Hakim pacu N9 ke suku akhir

Panya Isamael 26/01/2026 (Last updated: 26/01/2026) 0 comments
621666295_18097961429500767_84249494806058173_n

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2025/26 hasil kemenangan tipis 1-0 ke atas Imigresen FC pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama, pertembungan kali ini menyaksikan aksi sengit apabila kemenangan menjadi satu-satunya laluan untuk mara ke peringkat lapan terbaik.

Ketua jurulatih Sang Rusa, Nidzam Jamil sekali lagi memberi kepercayaan kepada Luqman Hakim Shamsudin bagi mengetuai jentera serangan bersama A. Selvan, Jovan Motika dan Joseph Esso.

NSFC hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-21 menerusi percubaan rendah Motika, namun berjaya ditepis kemas penjaga gol Imigresen, Zarif Irfan Hashimuddin.

Tuan rumah terus mengasak dan hampir mendahului pada minit ke-33 apabila tandukan pemain tengah Korea Selatan, An Sang-su, sekadar menggegar tiang gol.

Drama tercetus menjelang tamat separuh masa pertama apabila VAR mengesan kekasaran Pedro Santos ke atas Selvan di dalam kotak penalti. Namun sepakan penalti Takumi Sasaki sekali lagi dinafikan Zarif yang muncul wira Imigresen.

Bersambung babak kedua, Nidzam memasukkan Amirul Adli Azmi dan Zahril Aziz Zabri bagi menyuntik tenaga baharu di bahagian tengah.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-62 apabila Luqman Hakim tenang menyudahkan peluang jarak dekat untuk menewaskan Zarif sekali gus menceriakan penyokong Sang Rusa.

Imigresen hampir menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Fayadh Zulkifli, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana kedudukan ofsaid.

Pasukan pelawat terus memberi tekanan sehingga memaksa Nidzam memperkemaskan benteng pertahanan dengan memasukkan Luis Enrique Nsue dan N. Javabilaarivin.

Keputusan itu tepat apabila NSFC berjaya mempertahankan kelebihan sehingga wisel penamat, sekali gus mencatat kemenangan agregat 1-0 dan muncul pasukan terakhir melangkah ke suku akhir.

Negeri Sembilan dijadual menentang Kuching City FC pada 31 Januari ini, manakala Imigresen FC akan kembali memberi fokus kepada saingan liga bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 1 Februari. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - NSFC

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala Malaysia : Drama minit akhir bawa KL City ke suku akhir
Next: Pejabat baharu MRPMA simbol pertumbuhan industri getah negara

Related Stories

jihin hirata
  • SUKAN

Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata

Solomon 26/08/2026 0
MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0

TERKINI

  • 50 mahasiswa antarabangsa hayati budaya Terengganu menerusi MDCI
  • ‘Cikgu Azmi’ gesa dunia bangkit tentang sekatan AS terhadap Iran
  • Cadangan Kerjasama Strategik Perpaduan Melayu Demi Kesejahteraan Semua Kaum
  • Jihin Radzuan buru kemenangan kedua ke atas Hirata
  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by