Skip to content
01/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala Malaysia : Teto ledak enam gol, JDT belasah PDRM 10-1

Panya Isamael 18/01/2026 (Last updated: 18/01/2026) 0 comments
616838296_1463234495172522_2760799986748254902_n

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) hampir pasti melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2025/26 selepas membelasah PDRM FC 10-1 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Pada perlawanan itu, Teto Martin muncul wira Harimau Selatan apabila meledak enam gol, sekali gus mencatat double hatrik dalam persembahan luar biasa pasukan tuan rumah.

JDT mempertaruhkan Christian Abad sebagai penjaga gol dengan Afiq Fazail menggalas tugas kapten, manakala penjaring prolifik Bergson da Silva mengetuai jentera serangan.

PDRM pula menurunkan Asri Muhamad di gawang dengan Park Tae-su mengetuai The Cops.

Tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila Teto meledak gol pertama seawal minit ketiga sebelum menggandakan kedudukan pada minit ketujuh, sekali gus memberi permulaan sempurna buat JDT.

Dominasi berterusan Harimau Selatan menyaksikan pasukan itu terus mengasak kubu lawan dengan Bergson hampir menambah jaringan pada minit ke-42, namun gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Separuh masa pertama berakhir dengan JDT mendahului 2-0.

Bersambung babak kedua, Nazmi Faiz menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-47 hasil lorongan kemas Jonathan Silva, sebelum Teto melengkapkan hat-trick tiga minit kemudian.

PDRM memperoleh gol saguhati menerusi Imran Samso yang melakukan percubaan lencong pada minit ke-61, namun kebangkitan pelawat tidak bertahan lama.

Teto kembali mencetak nama sebagai penjaring untuk gol kelima JDT sebelum pemain import baharu, Marcos Guilherme, memperkenalkan diri dengan jaringan keenam pada minit ke-66.

Penyerang dari Brazil itu sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila meledak gol kelimanya peribadi pada minit ke-73, sekali gus mengesahkan malam gemilang buat dirinya.

Manuel Hidalgo turut mencatat nama selaku penjaring pada minit ke-86, sebelum Marcos Guilherme menambah gol kedua peribadinya pada minit ke-90 hasil hantaran Yago Cesar.

Teto kemudian melengkapkan enam gol peribadi menerusi jaringan ke-10 JDT pada masa kecederaan.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini selangkah ke suku akhir menjelang aksi timbal balik yang dijadual berlangsung sekali lagi di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 Januari ini. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Mapim gesa Kristian serantau tolak Zionisme Kristian
Next: Piala Malaysia: Perak FA kejutkan KL City 2-0 di Manjung

Related Stories

Saifuddin
  • SUKAN

Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super

Panya Isamael 31/07/2026 0
Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026
  • SUKAN

Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus

Arisna Wiguna 31/07/2026 0
JDT malaysia airlines
  • SUKAN

Malaysia Airlines kekal rakan rasmi JDT hingga 2029

Arisna Wiguna 31/07/2026 0

TERKINI

  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
  • Undian rasmi Kejohanan Dunia Sepaktakraw ISTAF 2026 berlangsung telus
  • Hijrah para sahabat ke Habsyah
  • Di kota ini ku tumpahkan setia
  • Ramadan kali ini beza, mak !
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by