Skip to content
19/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Piala Malaysia: Perak FA kejutkan KL City 2-0 di Manjung

Panya Isamael 19/01/2026 (Last updated: 19/01/2026) 0 comments
616682330_122155617038851680_870140994780811857_n

MANJUNG – Perak FA mencipta kejutan apabila menundukkan Kuala Lumpur City FC 2-0 pada aksi pertama pusingan 16 terbaik Piala Malaysia 2025/26 di Stadium MPM, malam tadi.

Kemenangan itu memberi kelebihan penting buat skuad Bos Gaurus menjelang perlawanan timbal balik di ibu negara minggu depan.

Perak menurunkan Syazwan Syazany sebagai benteng terakhir dengan Kamal Arif Azrai diberi tanggungjawab selaku kapten pasukan, manakala KL City mempertaruhkan Quincy Kammeraad di gawang gol dengan Zhafri Yahya mengetuai jentera tengah dan Kpah Sherman selaku penyerang utama.

Seawal permainan, pasukan tuan rumah tampil agresif dengan beberapa serangan pantas yang menguji benteng The City Boys.

Usaha tersebut membuahkan hasil pada minit ke-11 apabila Daniel Hakimi meledak gol pembukaan selepas menyempurnakan hantaran jauh berkualiti dari bahagian pertahanan, sekali gus mencetuskan sorakan gemuruh penyokong Perak.

Tersentak dengan jaringan itu, KL City cuba bangkit melalui percubaan Zhafri Yahya dan Fazrul Amir, namun gagal menembusi gawang Syazwan yang tampil cemerlang.

Perak terus menguasai tempo permainan dan mencipta beberapa peluang berbahaya sebelum menamatkan babak pertama dengan kelebihan 1-0.

Bersambung separuh masa kedua, tekanan berterusan Perak sekali lagi membuahkan hasil apabila Fadhil Azmi menggandakan kelebihan pada minit ke-53 menerusi penyudah tenang hasil sepakan percuma yang kemas.

KL City hampir merapatkan jurang tiga minit kemudian, namun percubaan Paulo Josue berjaya diselamatkan Syazwan.

Pasukan pelawat terus mengatur serangan pada penghujung perlawanan termasuk rembatan padu Safawi Rasid pada minit ke-87, namun pertahanan Perak kekal ampuh sehingga wisel penamat.

Keputusan 2-0 menyaksikan Perak FA berada dalam posisi selesa menjelang aksi timbal balik pusingan 16 terbaik Piala Malaysia yang dijadual berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 25 Januari ini, dengan KL City berdepan misi sukar untuk menghidupkan peluang di laman sendiri. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - Perak FA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala Malaysia : Teto ledak enam gol, JDT belasah PDRM 10-1
Next: Sultan Ibrahim sifatkan perasuah sebagai pengkhinat negara

Related Stories

kcfc
  • SUKAN

Kuching City tewas lewat di Phnom Penh

Solomon 18/09/2026 0
Aidil Shahrin
  • SUKAN

Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown

Solomon 17/09/2026 0
Hakim Danish
  • SUKAN

Hakim Danish sasar keputusan lebih bergaya di Austria

Arisna Wiguna 16/09/2026 0

TERKINI

  • DIJAVU’26: Simbolik aspirasi sinergi pemimpin mahasiswa berkualiti
  • Hannah Yeoh nafi tandatangan perintah tahanan rumah Najib
  • Wanita Malaysia maut ketika menyelam di Crystal Bay, Bali
  • Jasad pemancing hilang ditemui pada hari ketiga operasi CARILAMAT
  • Kembara Bersasar 2026 terus perkasa akses pendidikan, Orang Asli jadi kumpulan sasaran keempat
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by