Skip to content
02/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Sultan Ibrahim sifatkan perasuah sebagai pengkhinat negara

Panya Isamael 19/01/2026 (Last updated: 19/01/2026) 0 comments
619556257_18527700298067698_8365446507415885372_n

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ketegasan untuk membanteras rasuah secara menyeluruh, sambil menyatakan kekecewaan terhadap kes rasuah yang berlaku dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga ke peringkat tertinggi.

Seri Paduka Baginda bertitah, segala perancangan dan dasar yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan sekiranya amalan rasuah masih berleluasa dalam negara.

“Agaknya selepas ini saya patut lantik Sarjan sahaja menjadi Panglima Angkatan Tentera (PAT). Saya pernah sebut dahulu, yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu perasuah, dan nampaknya saya telah berjaya jumpa.

“Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau the tip of the iceberg. Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, Imigresen, Polis dan sebagainya, serta termasuk juga yang berada di dalam dewan ini, yang akan terus diburu sampai jumpa,” titah Seri Paduka Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Titah Diraja bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa rasuah mesti diperangi secara besar-besaran dan rakyat perlu berperanan sebagai mata dan telinga dengan melaporkan sebarang salah laku.

Yang di-Pertuan Agong turut bertitah, bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.

Baginda turut mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menjalankan siasatan secara pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan individu terlibat.

Selain itu, Seri Paduka Baginda menyarankan kerajaan menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.

Sultan Ibrahim turut mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.

“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara,” titah Seri Paduka Baginda. - DETIK MALAYSIA

Kredit foto - Istana Negara

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Piala Malaysia: Perak FA kejutkan KL City 2-0 di Manjung
Next: Mapim gesa rakyat Amerika Syarikat desak perubahan rejim imperialis

Related Stories

Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Lebih 500 peserta sertai Olympiad Asia Pasifik di UMT

Panya Isamael 01/08/2026 0
Mohd Azmi
  • NASIONAL
  • TITIK PANDANG

Hijrah para sahabat ke Habsyah

Solomon 31/07/2026 0
bahasa melayu janaan AI
  • NASIONAL

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Penyatuan Rumpun Nusantara

Solomon 31/07/2026 0

TERKINI

  • Lebih 500 peserta sertai Olympiad Asia Pasifik di UMT
  • AFC senada UEFA, CONCACAF bantah cadangan pelaburan swasta Piala Dunia
  • Thailand sedia sambut 19 negara pada Kejohanan Dunia Sepak Takraw ISTAF 2026
  • ThaiGP buka tirai MotoGP 2027 di Buriram, cipta sejarah peraturan baharu
  • Star City FC sasar kelompok tiga terbaik Liga Super
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by