Oleh Bazli Razak
KUALA LUMPUR – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memperkukuh keupayaan pengurusan krisis dan komunikasi strategik organisasi menerusipenganjuran Simposium Strategik Pengurusan Krisis dan Media (SiSMED) 2.0 yang menghimpunkan 120 peserta di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Menurut Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, program selama tiga haribermula 16 Oktober hingga hari ini itu memberi tumpuan kepada strategi pengurusan krisis, pembinaan naratif, perlindungan reputasi serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalamkomunikasi korporat.
Md Amin berkata pengurusan krisis memerlukan kepimpinan strategik, komunikasi berkesandan keupayaan bertindak pantas bagi memastikan reputasi organisasi terus terpelihara ketika berhadapan situasi mencabar.
“Krisis bukan sekadar cabaran kepada organisasi, tetapi juga peluang untuk membinakekuatan baharu melalui kepimpinan yang berwawasan, komunikasi berintegriti dan pendekatan yang mengutamakan kepentingan manusia.
Beliau berkata keupayaan mengurus krisis bukan hanya bergantung pada tindakan selepassesuatu isu tercetus, sebaliknya perlu dibina lebih awal melalui perancangan komunikasi, kesiapsiagaan organisasi dan penyelarasan maklumat yang tepat.
“Kepimpinan yang berkesan dalam situasi krisis penting bagi memastikan setiap keputusandibuat secara teratur, manakala penyampaian maklumat kepada masyarakat dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Md Amin turut menyampaikan slot keempat bertajuk ‘Kepimpinan dan Ketahanan Reputasi: Memimpin Krisis, Melindungi Reputasi’ yang memberi tumpuan kepada kepakaran kepimpinan serta strategi membina ketahanan organisasi ketika berhadapan krisis.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI Prof. Dr. Mohd Izwan Shahril berkata pengurusan komunikasi krisis memerlukan perancangan rapi, penyelarasan maklumat dan kerjasama erat antara organisasi dengan pengamal media bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat serta tidak menimbulkan kekeliruan.
“Organisasi perlu bersedia menghadapi krisis sebelum sesuatu isu tercetus. Keupayaan menyampaikan maklumat dengan pantas, tepat dan berintegriti amat penting untuk mengurus persepsi awam serta mengekalkan keyakinan masyarakat terhadap organisasi,” katanya.
Beliau berkata perkembangan teknologi digital dan penyebaran maklumat yang pantas turut menuntut pengamal komunikasi korporat meningkatkan kemahiran serta menguasai pendekatan baharu dalam mengendalikan isu yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.
Menurutnya, penggunaan AI dalam komunikasi korporat juga membuka ruang kepada pendekatan pengurusan maklumat yang lebih sistematik, namun perlu dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan memastikan ketepatan fakta dan pertimbangan manusia terus menjadi keutamaan.
SiSMED 2.0 menampilkan enam slot utama yang dirangka untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai dimensi pengurusan krisis dan komunikasi media, termasuk perancangan hebahan, pengurusan persepsi awam serta strategi melindungi reputasi organisasi.
Program itu turut menampilkan Malam Pesona Media sebagai platform memperkukuh jaringan strategik dan hubungan profesional antara UPSI dengan pengamal media. – DETIK MALAYSIA
Kredit foto – UPSI
