Skip to content
21/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

SME Bank lancar aplikasi ELSA pacu 10,000 usahawan PKS

Panya Isamael 29/09/2025 (Last updated: 29/09/2025) 0 comments
Photo 3

KUALA LUMPUR – SME Bank melancarkan aplikasi mudah alih baharu dikenali sebagai Enterprise Lifecycle Scoring Assessment (ELSA) yang dijangka mampu memperkasa sekurang-kurangnya 10,000 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam tempoh dua tahun.

Aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu dibangunkan dengan pendekatan mudah alih (mobile-first) bagi menyediakan usahawan dengan kemas kini semasa, akses kepada pembiayaan fleksibel serta panduan menyeluruh daripada proses penilaian hingga peluang pasaran.

Ketua Pegawai Digital & Teknologi SME Bank, Hairil Izwar Abd. Rahman berkata, pelancaran aplikasi itu menandakan langkah besar dalam transformasi digital institusi kewangan tersebut seiring kedudukan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

“ELSA bukan sekadar alat penilaian, sebaliknya platform inklusif yang membolehkan PKS bergerak daripada mengenal pasti cabaran kepada tindakan yang mendorong pertumbuhan. Ia turut meliputi aspek pembiayaan, pendigitalan, latihan dan akses pasaran,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, ELSA akan melengkapkan lagi inisiatif pembiayaan lain termasuk Dana Transformasi Teknologi PKS (STTF) dan Kemudahan Teknologi Tinggi & Hijau (HTG) oleh Bank Negara Malaysia bagi menyokong PKS melabur dalam sektor strategik seperti digital, hijau dan bioteknologi.

Aplikasi itu yang diperkenalkan pada 2021 sebagai rangka kerja penilaian perniagaan kini telah berkembang menjadi platform pintar yang memberi manfaat kepada lebih 5,000 usahawan melalui pelbagai program nasional dan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan serta industri.

ELSA turut diiktiraf melalui IDC Future Enterprise Award 2023 dan ADFIAP Technology Award 2025, sekali gus mengukuhkan peranan SME Bank dalam memacu pembangunan PKS negara.

Pelancaran aplikasi itu diadakan sempena penganjuran SME Bank XCESS 2025 yang dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

Acara berkenaan menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan pembeli antarabangsa untuk membuka peluang pasaran baharu. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: TKKR Racing Team dibubarkan
Next: MFL gantung tiga pemain Harimau Selatan

Related Stories

Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0
koperasi Malaysia
  • NASIONAL

IAI Rawa Aopa, koperasi Malaysia jalin kerjasama perkasa penyelidikan

Panya Isamael 20/07/2026 0

TERKINI

  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
  • Rodney calon 10 pertahanan terbaik Liga M
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by