Skip to content
10/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Sukan SEA 2025 : Teqball cipta sejarah raih lima gangsa

Panya Isamael 16/12/2025 (Last updated: 16/12/2025) 0 comments
598424614_1441657764628608_5436321184865056030_n

KUALA LUMPUR – Skuad Teqball kebangsaan melakar sejarah tersendiri apabila berjaya meraih lima pingat gangsa pada penampilan sulung rasmi sukan itu di temasya Sukan SEA 2025.

Lebih membanggakan, Malaysia berjaya mara ke peringkat separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan, sekali gus membuktikan peningkatan ketara prestasi dan daya saing pasukan negara berbanding kuasa teqball serantau yang lebih berpengalaman.

Lima pingat gangsa negara disumbangkan menerusi kategori perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.

Dalam acara perseorangan lelaki, pingat gangsa diraih oleh Ash Hameed Azmilaan Shahul Hameed, manakala Nur Natasha Amyra Fazil menyumbang gangsa dalam kategori perseorangan wanita.

Bagi acara beregu campuran, Nur Hidayat Ar Rashid bergandingan bersama Nurul Syafiqah Jafri untuk menghadiahkan pingat kepada negara. Beregu lelaki pula menyaksikan gandingan Muhammad Faris Farizal dan Ahmad Eizlan Rakhli meraih tempat ketiga, sementara Nurul Syafiqah Jafri sekali lagi mencatat kejayaan apabila bergandingan bersama Nur Natasha Amyra Fazil dalam acara beregu wanita.

Prestasi membanggakan itu bukan sahaja menghadiahkan pingat, malah mencerminkan kematangan teknikal, kekuatan taktikal serta ketahanan mental atlet negara di pentas antarabangsa.

Sebalik kejayaan tersebut, Persatuan Teqball Malaysia (MTA) turut merakamkan penghargaan kepada para atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai, kakitangan sokongan serta penaja yang menjadi tulang belakang kepada pencapaian bersejarah itu.

Kejayaan ini sekali gus menjadi petanda positif terhadap masa depan teqball Malaysia dalam persaingan serantau dan antarabangsa. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - MTA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kevin Deeromram sah berpisah dengan Selangor FC
Next: Sukan SEA 2025: Malaysia raih kemenangan pertama, tundukkan Vietnam 4-2

Related Stories

Selangor FC
  • SUKAN

Selangor tewaskan Sabah, mara suku akhir Piala FA

Solomon 10/09/2026 0
Penang FC
  • SUKAN

Piala FA: Penang FC bangkit tewaskan Melaka, mara suku akhir

Arisna Wiguna 09/09/2026 0
Mark Jackson
  • SUKAN

Lion City Sailors lantik Mark Jackson sebagai ketua jurulatih baharu

Panya Isamael 09/09/2026 0

TERKINI

  • Selangor tewaskan Sabah, mara suku akhir Piala FA
  • Piala FA: Penang FC bangkit tewaskan Melaka, mara suku akhir
  • Lion City Sailors lantik Mark Jackson sebagai ketua jurulatih baharu
  • Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda
  • Mbappe yakin menang Ballon d’Or, legenda Perancis ‘sembur’
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by