Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • SUKAN

Tiada penggantungan Cheah Leik Hou, ganjaran atlet dijamin lebih telus

Panya Isamael 21/09/2025 (Last updated: 21/09/2025) 0 comments
FB_IMG_1758420399904



KUALA LUMPUR – Cheah Leik Hou tidak akan dikenakan sebarang penggantungan berhubung tuntutan ganjaran atlet para yang menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada jaguh badminton paralimpik negara itu mengenai kekeliruan istilah 'scam' sebelum ini.

Kata Hannah, untuk masa hadapan semua ganjaran akan disertakan dengan template bertulis bagi memastikan proses lebih jelas dan telus.

“Kini kita akan bergerak ke hadapan agar atlet dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan dan pertandingan. KBS Malaysia sentiasa bersama atlet negara dalam perjuangan mereka mengharumkan nama Malaysia,” kata Hannah Yeoh di Facebook pada Ahad.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pihak swasta yang menambah ganjaran MPM untuk lima pemenang pingat di Paralimpik Paris 2024.

Ujarnya, langkah ini diyakini akan meningkatkan motivasi atlet negara dan memastikan setiap proses pemberian ganjaran dijalankan secara profesional dan telus.

Terdahulu, Presiden MPM, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dalam sidang media menjelaskan Liek Hou akan diberikan surat tunjuk sebab dan tidak menolak mengambil tindakan undang-undang, termasuk penggantungan.

Megat menjelaskan pada awalnya sebanyak tiga syarikat tampil untuk menjadi penaja kepada pemenang pingat di Paris 2024 selain menegaskan tidak mengetahui punca daripada mana jumlah RM60,000 itu wujud.

Katanya, pemenang pingat emas termasuk Liek Hou akan menerima RM25,000 manakala perak RM15,000 serta gangsa RM8,000 dan disalurkan oleh MPM. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - FB HANNAH YEOH

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Hospital Al-Shifa penuhi mayat mangsa serangan Israel di Gaza
Next: RM3.5 juta disalurkan lindungi pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah

Related Stories

khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
  • UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026
  • Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas
  • NSFC tuntut kemenangan walkover
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by