Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Tun Dr Mahathir dakwa ‘individu berpengaruh’ dalang skandal pemain naturalisasi

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 11/10/2025) 0 comments
520165066_1326091812218009_2579111718639500578_n

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa wujud campur tangan individu berpengaruh dalam skandal pemalsuan dokumen pemain naturalisasi Harimau Malaya yang didedahkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, pendedahan FIFA itu menunjukkan kegiatan berprofil tinggi tersebut tidak mungkin berlaku tanpa sokongan pihak yang mempunyai kuasa politik atau pentadbiran besar.

“Ada orang yang boleh disiasat walaupun tidak bersalah, tetapi yang benar-benar bersalah dilepaskan. Inilah yang saya maksudkan dengan penguatkuasaan undang-undang secara terpilih.

“Seseorang yang begitu berkuasa boleh melakukan kesalahan dan terlepas begitu sahaja. Itulah yang dibangkitkan oleh Vietnam dalam kenyataan mereka,” ujarnya lagi menerusi hantaran di Facebook.

FIFA sebelum ini mengesan ketirisan dokumen kelahiran beberapa pemain naturalisasi Malaysia apabila terdapat perbezaan antara sijil kelahiran asal dan maklumat yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Antara pendedahan mengejutkan, kata Dr. Mahathir, ialah terdapat pemain yang berasal dari Argentina tetapi didaftarkan sebagai dilahirkan di Pulau Pinang.

“Menulis bahawa mereka dilahirkan di Pulau Pinang adalah satu pembohongan jelas,” tegasnya.

Tambah beliau, perhatian antarabangsa terhadap isu tersebut membuktikan bahawa pihak yang terlibat bukan calang-calang individu.

“Ini bukan sabotaj terhadap Malaysia. Ia dilakukan oleh seseorang yang percaya mereka kebal undang-undang,” katanya.

Dr. Mahathir turut melahirkan rasa malu apabila pemain import yang mewakili Malaysia kini mencetuskan kontroversi di peringkat global.

Beliau mengingatkan bahawa integriti perlu dijunjung dalam apa jua bidang, sama ada dalam politik mahupun sukan.

“Kalau kita mahu menang pilihan raya atau perlawanan bola sepak, lakukannya dengan cara betul, bukan dengan menipu atau memalsukan dokumen,” katanya.

Terdahulu, FIFA mengenakan denda dan penggantungan terhadap beberapa pemain terbabit selain tindakan disiplin terhadap FAM selepas mendapati dokumen rasmi mereka telah dipinda bagi menunjukkan kononnya mereka mempunyai keturunan Malaysia.

Siasatan FIFA turut mendedahkan beberapa pemain disenaraikan lahir di negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, sedangkan rekod asal menunjukkan tempat lahir sebenar mereka di Argentina, Sepanyol, Brazil dan Belanda.

Kredit foto: FB Dr. Mahathir Mohamad

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Kereta jatuh gaung, dua lelaki maut
Next: SOJC 2025 : Semangat luar biasa India

Related Stories

Koperasi HTK
  • NASIONAL

KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar

Arisna Wiguna 21/07/2026 0
Azmi
  • NASIONAL

Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula

Panya Isamael 21/07/2026 0
Minggu Sains Negara 2026 Zon Timur PSKT - Pameran Agensi Atom Malaysia
  • NASIONAL

LEBIH 20,000 SERBU MINGGU SAINS NEGARA DI TERENGGANU

Panya Isamael 21/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by