Skip to content
22/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Kereta jatuh gaung, dua lelaki maut

Panya Isamael 10/10/2025 (Last updated: 10/10/2025) 0 comments
c45af42d-4135-4e4a-a6ca-65f5b9e61dd4

KAJANG – Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung di Kilometer 301.2 Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban arah ibu negara, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 1.45 pagi melibatkan sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Siasatan awal mendapati pemandu berusia 23 tahun dan penumpang berumur 16 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Dua lagi penumpang lelaki dan wanita berusia lingkungan 20-an pula cedera di bahagian kaki dan tangan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda antara RM20,000 hingga RM50,000 dan penjara antara lima hingga 10 tahun,” ujarnya.

Naazron turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Narolhisyam Endi di talian 019-5897115 bagi membantu siasatan.

Pengguna jalan raya turut dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah bagi mengelak tragedi seumpama itu berulang. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lori kontena bawa muatan besi 80 peratus terbakar
Next: Tun Dr Mahathir dakwa ‘individu berpengaruh’ dalang skandal pemain naturalisasi

Related Stories

Azmi
  • PELBAGAI

Perang Iran dibina atas pembohongan, antara kesilapan dasar luar terbesar AS

Panya Isamael 18/07/2026 0
dbkl
  • PELBAGAI

DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun

Panya Isamael 13/07/2026 0
Ahmads_HotChicken_800px
  • PELBAGAI

Ahmad’s Fried Chicken kini Ahmad’s HotChicken

Panya Isamael 07/07/2026 0

TERKINI

  • KHTK bawa Terengganu ke pentas antarabangsa di Makassar
  • Andrew Yap kuasai hari pertama Kejohanan Golf 100PLUS MGA NJDP
  • Dasar pembangunan desa perlu dinilai semula
  • Serangan terhadap ICC ancam kedaulatan undang-undang antarabangsa
  • Piala Hyundai ASEAN 2026: Singapura pertaruh gabungan pengalaman, tenaga muda
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by