KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang akan membawa cabaran Harimau Malaya B-23 pada temasya Sukan SEA 2025 di Bangkok, Thailand bermula 3 hingga 18 Disember ini.
Ketua jurulatih, Nafuzi Zain, mempertaruhkan tiga penjaga gol, sembilan pertahanan, tujuh pemain tengah dan empat penyerang dalam misi memburu slot ke separuh akhir.
SENARAI AKHIR SKUAD B-23 SUKAN SEA 2025
Penjaga Gol:
Syahmi Adib, Haziq Hasemuddin, Zulhilmi Sharani
Pertahanan:
Aiman Hakimi, Ubaidullah Shamsul, Alif Ahmad, Shafizan Arshad, Aysar Hadi, Faris Danish, Aiman Yusuf, Zachary Zahidadil, Moses Raj
Pemain Tengah:
Danish Hakimi, Muhammad Abu Khalil, Haziq Kutty Abba, Ariff Safwan, Haykal Danish, Ziad El Basheer
Penyerang:
Haqimi Azim Rosli, Abdul Rahman Daud, Alif Izwan, Fergus Tierney, Rohisham Haiqal
Skuad negara dijadual berlepas ke Bangkok pada Khamis, 4 Disember 2025, sebelum turun beraksi dalam Kumpulan B menentang Laos pada 6 Disember dan Vietnam pada 11 Disember.
Kedua-dua aksi berlangsung di Stadium Rajamangala, gelanggang keramat yang terkenal dengan sorakan padu dan atmosfera mendebarkan pada setiap edisi Sukan SEA.
Hanya tiga juara kumpulan (A, B, C) serta satu naib juara terbaik akan layak ke separuh akhir pada 15 Disember. Perlawanan akhir dan penentuan gangsa dijadual berlangsung pada 18 Disember 2025.
Foto kredit - FAM