Skip to content
13/07/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

Guna isyarat tangan, ‘carrier’ cuba lepasi imigresen di KLIA gagal

Panya Isamael 02/12/2025 (Last updated: 02/12/2025) 0 comments
InCollage_20251202_175418383

PUTRAJAYA - Seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai ‘carrier’ membawa masuk warga asing secara tidak teratur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) di sini, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, berkata operasi yang bermula pada pukul 6.40 petang itu digerakkan hasil risikan selama dua minggu oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

Beliau berkata, suspek lelaki tempatan berusia 34 tahun itu ditahan bersama dua warga asing, masing-masing seorang lelaki dari Saint Kitts and Nevis dan seorang wanita dari China yang dipercayai migran dibawa masuk melalui laluan yang telah ‘diatur’ oleh suspek.

“Semakan awal mendapati kedua-dua migran terbabit memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sah. Namun, mereka dipercayai masuk ke negara ini dengan cara yang tidak mengikut peraturan ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pasukan operasi turut menyita satu pasport China, Saint Kitts and Nevis dan Malaysia, cap keselamatan imigresen, telefon bimbit serta wang tunai RM23,100.

Katanya, modus operandi suspek adalah dengan mengiringi migran ke kaunter pemeriksaan tertentu yang telah ditetapkan bagi memudahkan mereka melepasi kawalan imigresen.

“‘Carrier’ akan memberi arahan kepada migran termasuk lakaran kedudukan kaunter, manakala pegawai yang bertugas disyaki telah mengetahui lebih awal pergerakan migran melalui aplikasi WhatsApp setelah menerima gambar pakaian dipakai mereka,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian memantau dari jauh pergerakan migran sebelum kedua-duanya keluar bersama di balai ketibaan dan hanya menggunakan isyarat tangan bagi mengelakkan perhatian pihak berkuasa.

Susulan itu, lelaki tempatan terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, manakala dua warga asing berkenaan disiasat di bawah Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua suspek dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut, sementara empat individu tempatan lain diberikan notis hadir ke pejabat bagi membantu siasatan," katanya. - DETIK MALAYSIA


About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Nanta Linggi komited galas tugas baharu terajui KUSKOP
Next: 23 pemain Harimau Muda terbang ke Bangkok kejar emas Sukan SEA

Related Stories

Saarani Mohamad
  • NASIONAL

184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman

Panya Isamael 13/07/2026 0
Imigresen Selangor
  • NASIONAL

Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu

Panya Isamael 13/07/2026 0
dbkl
  • PELBAGAI

DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun

Panya Isamael 13/07/2026 0

TERKINI

  • 184 unit Rumah Perakku Astana Chemor bantu rakyat miliki kediaman
  • Imigresen Selangor tahan 95 warga asing dalam operasi bersepadu
  • Messi vs England akhirnya jadi kenyataan
  • DBKL sita 11 gerai dikendali warga asing, 4 penjaja tempatan dikompaun
  • FIFA teliti cadangan tambah Piala Dunia 2030 kepada 64 pasukan
No comments to show.

ARKIB

  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by