Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

32 ahli koperasi rugi lebih RM2.4 juta terperdaya skim pelaburan palsu

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
mho

KUALA LUMPUR – Seramai 32 ahli sebuah koperasi terkemuka di Semenanjung Malaysia mendakwa menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud yang membabitkan kerugian keseluruhan berjumlah RM2.42 juta.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya menerima aduan daripada ahli-ahli koperasi berkenaan yang mendakwa ditipu melalui tiga program pelaburan, iaitu pelaburan mesin sejuk beku, papan iklan, dan simpanan emas.

“Program-program itu dikatakan eksklusif untuk ahli koperasi sahaja dan menawarkan pulangan tinggi. Namun, hasil siasatan awal mendapati pelaburan tersebut disyaki tidak wujud serta berlaku salah guna wang pelaburan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam koperasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, laporan polis telah dibuat oleh para pengadu pada penghujung tahun 2023, namun pada Ogos lalu mereka menerima maklum balas bahawa kes berkenaan telah dirujuk kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tindakan lanjut.

“MHO bersama para pengadu hadir hari ini untuk membuat aduan rasmi kepada SKM, agar siasatan telus dan menyeluruh dijalankan di bawah Akta Koperasi 1993, termasuk terhadap kemungkinan berlakunya pelanggaran undang-undang, penyelewengan amanah, dan salah laku pengurusan,” ujarnya.

Hishamuddin berkata, kebanyakan mangsa terdiri daripada rakyat biasa yang menyertai pelaburan tersebut kerana tertarik dengan janji pulangan tinggi serta ingin menjana pendapatan sampingan.

“Namun malangnya, mereka bukan sahaja tidak menerima pulangan yang dijanjikan, malah modal pelaburan hangus begitu sahaja, menyebabkan ada antara mereka kehilangan wang simpanan hidup,” jelasnya.

MHO turut menggesa SKM memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap koperasi di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian sama berulang, selain menyeru kerjasama erat antara SKM, pihak penguatkuasaan dan agensi berkaitan bagi memastikan hak ahli koperasi dilindungi sepenuhnya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Geng curi kabel tumpas, 3 ditahan di Putrajaya
Next: Himpunan bantah Trump di ibu negara berlangsung aman

Related Stories

utusan kosmo
  • NASIONAL

Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar

Panya Isamael 02/11/2026 0
jais abdul karim
  • NASIONAL

MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman

Solomon 02/11/2026 0
Koperasi Homestay Teluk Ketapang
  • NASIONAL

Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan

Panya Isamael 02/11/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by