Skip to content
18/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

Himpunan bantah Trump di ibu negara berlangsung aman

Panya Isamael 24/10/2025 (Last updated: 24/10/2025) 0 comments
571197008_1252222140283649_6658168374469376209_n

KUALA LUMPUR – Himpunan bantahan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang diadakan di hadapan Bangunan Icon, Kuala Lumpur petang tadi berlangsung dalam keadaan aman tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, berkata perhimpunan tersebut berjalan dalam keadaan terkawal tanpa sebarang provokasi atau kekecohan.

“Pihak polis sentiasa memantau dari awal sehingga tamat perhimpunan. Tiada kejadian tidak diingini berlaku dan para peserta memberikan kerjasama baik sepanjang tempoh bantahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 2 petang hingga 4 petang itu dihadiri kira-kira 700 peserta, dengan kawalan keselamatan diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Katanya, seramai 18 pegawai dan 470 anggota keselamatan telah dikerahkan ke lokasi bagi memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang himpunan berlangsung.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi undang-undang dan mengadakan sebarang perhimpunan secara tertib serta mengikut saluran yang betul bagi menjamin keselamatan dan keharmonian awam. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Pemuda Pas Dun Rhu Rendang - Official

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 32 ahli koperasi rugi lebih RM2.4 juta terperdaya skim pelaburan palsu
Next: KKR diarah bertindak pantas tangani bencana alam

Related Stories

ahmad tea
  • NASIONAL

Ahmad Tea sambut 40 tahun, kekal milik keluarga

Solomon 17/09/2026 0
fattah angkasa
  • NASIONAL

Abdul Fattah dipilih Ahli Lembaga ICA penggal 2026-2030

Panya Isamael 17/09/2026 0
WhatsApp Image 2026-09-16 at 15.18.18 (1)
  • NASIONAL

Kargo petroleum RM220 juta: Pakar gesa pihak berkuasa beri penjelasan bertulis

Panya Isamael 16/09/2026 0

TERKINI

  • Ahmad Tea sambut 40 tahun, kekal milik keluarga
  • MAPIM condemns US visa denial against Mahmoud Abbas
  • Kenapa negara bukan Islam lebih berintegriti daripada negara Islam?
  • Rasuah sistemik perlu dilawan bersama
  • Aidil Sharin beri amaran ancaman bola mati Phnom Penh Crown
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by