Skip to content
10/09/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

6 langkah SPRM Perlis perkukuh integriti PPK

Panya Isamael 16/12/2025 (Last updated: 16/12/2025) 0 comments
bad5db6f-918b-44ab-930c-d74dd654c2d0

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis membentangkan enam cadangan penambahbaikan tatakelola kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Perlis bagi memperkukuh tadbir urus, pemantapan integriti serta pencegahan rasuah dalam pengurusan kewangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).


Cadangan penambahbaikan itu memfokuskan kepada dua isu utama iaitu pengurusan penerimaan bayaran tunai melalui Sistem Primari Pertubuhan Peladang (SPPP) serta pengurusan pemberian kredit dan pinjaman input pertanian.


Antara cadangan dikemukakan termasuk penambahbaikan Garis Panduan Sistem Merekod Penerimaan Tunai dengan penyediaan perincian tatacara perekodan hasil atau tunai menerusi SPPP, selain pewujudan Borang Akuan Serah Terima Wang Tunai bagi memastikan pengurusan tunai dilaksanakan secara lebih telus dan teratur.


Bagi urusan pinjaman pula, LPP disaran menguatkuasakan pematuhan terhadap Arahan Pendaftar Pertubuhan Peladang (AP4.1.6) berkaitan panduan pemberian kredit dan pinjaman.


Langkah itu susulan semakan tatakelola SPRM Perlis yang mendapati terdapat PPK mengamalkan pemberian pinjaman secara budi bicara tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.


Pembentangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Perlis, Mohamad Razif Ab. Rased kepada Pengarah LPP Negeri Perlis, Roshidah Ahmad yang menyambut baik cadangan penambahbaikan tatakelola berkenaan.


Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd. Nor Adha Ab. Gani berkata, penambahbaikan tatakelola itu memberi penekanan kepada pengurusan penerimaan bayaran tunai serta pematuhan tatacara pemberian kredit dan pinjaman input pertanian bagi mengurangkan risiko ketirisan dan salah guna kuasa.


“Penambahbaikan ini bertujuan memastikan setiap proses kewangan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sesi pembentangan yang diadakan di pejabat LPP Perlis, di sini semalam.


Beliau berkata, SPRM turut mengesyorkan pelaksanaan program pembudayaan integriti, pengukuhan nilai murni serta peningkatan kesedaran antirasuah secara menyeluruh di semua PPK sebagai langkah pencegahan berterusan.


Pada majlis sama, turut berlangsung sesi menandatangani dokumen Laporan Penambahbaikan Tatakelola antara LPP Negeri Perlis dan SPRM Perlis. Hadir sama Timbalan Pengarah LPP Perlis, Azlinawati Romli serta pegawai kanan LPP negeri itu. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Ihsan SPRM

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Delegasi Perak naikkan moral atlet takraw
Next: JPJ tak berganjak, kereta mewah pempengaruh tetap disita

Related Stories

UPSI
  • NASIONAL

Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda

Panya Isamael 09/09/2026 0
JPJ
  • NASIONAL

Honda Civic Type R ubah suai ekstrem RM150,000 antara 37 kenderaan disita JPJ

Solomon 09/09/2026 0
upsi
  • NASIONAL

27 pelajar terbaik STPM 2025 terima tajaan yuran pengajian

Panya Isamael 07/09/2026 0

TERKINI

  • Selangor tewaskan Sabah, mara suku akhir Piala FA
  • Piala FA: Penang FC bangkit tewaskan Melaka, mara suku akhir
  • Lion City Sailors lantik Mark Jackson sebagai ketua jurulatih baharu
  • Warga UPSI perlu berani keluar daripada penjajahan minda
  • Mbappe yakin menang Ballon d’Or, legenda Perancis ‘sembur’
No comments to show.

ARKIB

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by