Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL

JPJ tak berganjak, kereta mewah pempengaruh tetap disita

Panya Isamael 16/12/2025 (Last updated: 16/12/2025) 0 comments
9ebae507-2fd1-472e-af7e-dc4359ddea31

KUALA LUMPUR – Luahan seorang pempengaruh di media sosial selepas kereta mewah miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengundang perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Bagaimanapun, JPJ menegaskan tindakan sitaan itu dibuat berlandaskan undang-undang selepas kenderaan terbabit didapati tidak mempunyai perlindungan insurans selain Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sudah tamat tempoh.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pemanduan tanpa perlindungan insurans bukan isu remeh kerana ia melibatkan keselamatan pemandu serta pengguna jalan raya lain.

“Kalau berlaku kemalangan, bukan sahaja pemilik kenderaan terjejas, malah pihak ketiga juga akan menanggung risiko besar. Ini soal nyawa, jadi tiada kompromi,” katanya ketika ditemui pada sidang media Ops Luxury 4.0 di Depoh Sitaan JPJ Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan kenderaan berisiko terus berada di jalan raya dan mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Mengulas dakwaan pempengaruh terbabit yang memohon simpati serta budi bicara, Aedy Fadly berkata JPJ tidak boleh berlembut dalam kes yang melibatkan keselamatan.

“Budi bicara hanya boleh dipertimbangkan untuk kesalahan kecil seperti nombor pendaftaran ‘fancy’ atau aksesori kenderaan, tetapi bukan bagi kes insurans dan LKM,” katanya.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan seorang pempengaruh meluahkan rasa tidak puas hati selepas kereta mewah miliknya disita, meskipun mendakwa telah merayu simpati kepada pihak berkuasa. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 6 langkah SPRM Perlis perkukuh integriti PPK
Next: Kevin Deeromram sah berpisah dengan Selangor FC

Related Stories

MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0
UPSI
  • NASIONAL

UPSI tuan rumah Temasya Sukan Tabung Haji 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by