Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • NASIONAL
  • PELBAGAI

99 mangsa Gigamax mahu pertuduhan disegerakan

Panya Isamael 27/11/2025 (Last updated: 27/11/2025) 0 comments
589098600_1277030534457118_3964342701954900605_n

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) merayu Jabatan Peguam Negara (AGC) mempercepatkan proses pendakwaan terhadap suspek utama sindiket pelaburan mata wang kripto Gigamax yang didakwa menyebabkan kerugian hampir RM4.9 juta kepada mangsa.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, organisasi itu ditubuhkan pada 2016 dan komited memperjuangkan hak asasi manusia melalui pelbagai program bantuan kemanusiaan serta khidmat guaman.

Beliau berkata, pada sidang media MHO sekitar Mei 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesahkan berjaya memberkas tiga individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pelaburan Gigamax.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pertuduhan dilakukan terhadap suspek yang telah ditangkap.

“Seramai 99 mangsa hadir ke Jabatan Peguam Negara hari ini bagi memohon perhatian dan pertimbangan Yang Arif Peguam Negara supaya pertuduhan dapat dilakukan dengan segera. Mangsa kini mula berasa resah walaupun dalang utama telah ditahan, namun tiada tindakan pendakwaan dibuat sehingga hari ini,” kata kenyataan itu hari ini.

MHO memaklumkan, jumlah keseluruhan kerugian yang ditanggung mangsa mencecah RM4,864,861.12, membabitkan pelbagai transaksi pelaburan yang dijanjikan pulangan lumayan oleh pihak sindiket.

Sehubungan itu, MHO berharap Bahagian Pendakwaan AGC dapat memberikan perhatian serius serta mencadangkan kepada pegawai penyiasat agar melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin bagi membolehkan pendakwaan dilaksanakan.

“Mangsa berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap semua individu yang terlibat demi menegakkan keadilan dan memulihkan keyakinan masyarakat terhadap sistem perundangan negara. Mereka menghargai komitmen polis yang berjaya menahan suspek utama dan menanti pembelaan sewajarnya melalui proses undang-undang,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya juga berjaya mengumpulkan mangsa yang terlibat untuk menghadiri sidang media dan menyerahkan surat permohonan rasmi kepada AGC di Putrajaya hari ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - Facebook Hishamuddin Hashim

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: MSN sedia urus perpindahan atlet ke Bangkok
Next: Banjir: 2 warga emas diselamatkan di Kg Chinchang

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
MHO
  • NASIONAL

MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi

Arisna Wiguna 24/08/2026 0
khtk
  • NASIONAL

Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026

Solomon 23/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by