Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

MSN sedia urus perpindahan atlet ke Bangkok

Panya Isamael 27/11/2025 (Last updated: 29/11/2025) 0 comments
PIXX-20251128-THAILAND-SEAGAMES-SUKANSEA

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) bersiap siaga membantu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam usaha memindahkan 206 atlet serta pegawai negara dari Songkhla ke Bangkok susulan situasi banjir yang melanda selatan Thailand.

MSN dalam kenyataan berkata, satu mesyuarat penyelarasan dalaman telah diadakan bagi menggerakkan operasi perpindahan itu, selain perbincangan bersama Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nasir Ali; Chef de Mission Kontinjen Malaysia, Nurul Huda Abdullah; serta Timbalan-Timbalan Chef de Mission.

Katanya, makluman turut disampaikan kepada semua pengurus pasukan dan Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang terlibat dalam temasya Sukan SEA 2025.

"Keputusan memindahkan atlet dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Ke-33 dan Sukan Para ASEAN Ke-13, dipengerusikan Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Atthakorn Sirilatthayakon, mengesahkan 10 jenis sukan yang sepatutnya berlangsung di Songkhla dialihkan ke Bangkok.

"Jawatankuasa itu menjelaskan langkah berkenaan dibuat demi memastikan penganjuran temasya berada dalam keadaan terkawal serta mengelakkan risiko keselamatan dan kesihatan atlet susulan banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata MSN, antara acara yang terjejas ialah muay, pencak silat, bola sepak lelaki, catur, judo, kabaddi, karate, petanque, wushu dan gusti.

"MOM akan mengesahkan lokasi gelanggang baharu sebaik menerima maklumat rasmi daripada penganjur.

"Dalam masa sama, MSN memaklumkan mereka turut berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Bangkok bagi mendapatkan bantuan sewajarnya," katanya.

Tambahnya, SOP khas juga telah disediakan bagi menangani sebarang isu tambahan melibatkan Kontinjen Malaysia sepanjang proses perpindahan ini. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Liverpool malu besar, tumbang 1-4 di Anfield
Next: 99 mangsa Gigamax mahu pertuduhan disegerakan

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by