LIVERPOOL dipaksa menelan kekalahan memalukan 1-4 di laman sendiri selepas dibelasah PSV Eindhoven pada aksi kelima Liga Juara-Juara 2025/2026, awal pagi tadi.
Skuad Liverpool pada awalnya tampak meyakinkan, namun momentum mereka merudum sebaik sahaja berjaya menyamakan kedudukan.
Kekalahan besar ini turut berpunca daripada kesilapan tonggak pertahanan, Virgil van Dijk, yang melakukan handball di dalam kotak penalti insiden yang mencetuskan gol pembukaan PSV.
Liverpool hanya mampu memperoleh satu jaringan melalui sepakan Dominik Szoboszlai, manakala PSV berpesta gol menerusi Ivan Perisic, Guus Til dan Couahib Driouech.
Hasil memalukan ini menyaksikan Liverpool merosot ke tangga ke-13 sementara Liga Juara-Juara dengan hanya mengumpul sembilan mata selepas lima perlawanan.
Sementara itu, PSV memperbaiki kedudukan mereka dengan naik ke tangga ke-15 selepas mengumpul lapan mata daripada jumlah perlawanan sama. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - LFC
