filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; hdrForward: 0; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; delta:null; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 128;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 0.0;aec_lux_index: 0;HdrStatus: auto;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: null;temperature: 34;
KUALA LUMPUR – Seramai 209 mangsa dengan anggaran kerugian keseluruhan melebihi RM83 juta tampil menyerahkan aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini bagi memohon siasatan menyeluruh terhadap skim pelaburan Forex dan mata wang kripto yang dipercayai dijalankan secara tidak sah oleh seorang lelaki warga tempatan.
Serahan aduan itu diketuai Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang mewakili semua mangsa terbabit selepas menerima ratusan aduan sejak beberapa bulan lalu.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim, berkata aduan itu dibuat bagi membolehkan BNM menyiasat aktiviti pelaburan berkenaan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758), khususnya Seksyen 10 dan 137, yang melarang mana-mana individu menjalankan perniagaan kewangan tanpa lesen sah.
“Kami dimaklumkan ada laporan polis yang dibuat oleh mangsa sebelum ini diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh pihak polis kerana ia berada di bawah bidang kuasa Bank Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan siasatan dapat dijalankan terhadap sebarang aktiviti pengumpulan dana awam atau pelaburan yang menyalahi undang-undang.
Katanya, mangsa turut berharap siasatan serius dilakukan oleh pihak berkuasa bagi menegakkan keadilan dan mengelak lebih ramai menjadi mangsa pada masa akan datang.
“Mereka mahu tindakan tegas diambil supaya pihak yang terbabit dibawa ke muka pengadilan dan tidak lagi memperdaya orang ramai,” katanya.
Menurutnya, MHO terus komitmen membantu mangsa penipuan kewangan mendapatkan keadilan melalui saluran undang-undang.
“Kami menyeru orang ramai supaya membuat semakan dengan Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan yang ditawarkan,” ujarnya.
Penyerahan aduan rasmi itu diadakan di ibu pejabat BNM dengan kehadiran wakil MHO serta beberapa mangsa terjejas. - DETIK MALAYSIA