Skip to content
24/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Mapim kecam syarat pelucutan senjata Hamas rundingan damai Gaza

Panya Isamael 15/10/2025 (Last updated: 15/10/2025) 0 comments
558865899_1291830142626050_960301808734773225_n


SHAH ALAM – Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan yang dibangkitkan dalam Sidang Kemuncak Sharm El Sheikh bagi Keamanan yang dilaporkan menuntut Hamas melucutkan senjata sebagai syarat untuk gencatan senjata dan proses pembinaan semula Gaza.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, syarat itu jelas menunjukkan kepincangan dan hipokrasi proses damai yang digerakkan oleh kuasa-kuasa dunia.
“Persoalan utama yang perlu dijawab ialah sekiranya Hamas melucutkan senjata, adakah Israel akan berundur dari wilayah yang diduduki, menamatkan sekatan dan membongkar rejim aparteidnya?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sejarah membuktikan setiap kali pihak Palestin membuat konsesi, ia tidak pernah dibalas dengan keamanan, sebaliknya diikuti dengan peluasan penempatan haram, pendudukan berterusan dan penindasan yang lebih mendalam.

“Menuntut agar pihak yang dikepung menyerah senjata, sementara pihak penjajah terus mengekalkan kekuatan ketenteraannya termasuk senjata nuklear, merupakan satu ketidakadilan yang nyata,” katanya.

Mapim berpandangan pelucutan senjata Hamas tanpa pembubaran rejim pendudukan Israel hanya akan menghalalkan jenayah pembunuhan beramai-ramai serta mengekalkan penindasan terhadap rakyat Palestin atas nama keamanan.

Jelasnya lagi, hak rakyat yang berada di bawah pendudukan asing untuk menentang penjajahan dijamin oleh undang-undang antarabangsa seperti termaktub dalam Resolusi 37/43 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (1982).

“Perjuangan rakyat Palestin tidak boleh disamakan dengan keganasan. Ia adalah tindak balas sah terhadap penindasan dan penjajahan sistematik,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Henti sebar gambar insiden pelajar ditikam – MCMC
Next: 209 mangsa rugi RM83 juta skim pelaburan forex dan kripto

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
  • Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid
  • MHO mahu mekanisme MyKAS diperkemas, elak golongan stateless tanpa dokumen rasmi
  • Delegasi Indonesia, Thailand meriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026
  • UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by