Skip to content
03/11/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

MCW hargai ketelusan TMJ, desak reformasi dalam FAM

Panya Isamael 25/10/2025 (Last updated: 25/10/2025) 0 comments
439101716_452392287147829_4139400071028597002_n-1280x640

KUALA LUMPUR – Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) menzahirkan kebimbangan serius terhadap isu hukuman yang bakal dikenakan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta tujuh pemain warisan Harimau Malaya.

Presidennya, Jais Abdul Karim, berkata krisis tersebut bukan hanya membabitkan soal teknikal atau dokumentasi pemain semata-mata, sebaliknya mencerminkan kegagalan tadbir urus dan kelemahan sistem akauntabiliti dalam organisasi sukan negara.

“Isu ini menunjukkan ketiadaan semak imbang, ketelusan serta kepatuhan terhadap prosedur dalam pengurusan FAM. Ia bukan masalah individu, tetapi kegagalan struktur secara keseluruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, MCW berpandangan semua pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab secara kolektif dan mengelak daripada budaya menuding jari, sebaliknya menekankan budaya akauntabiliti bersama dan pembaikan sistemik.

Dalam masa sama, MCW turut menghargai keterbukaan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, yang tampil menjelaskan isu tersebut dengan telus serta menunjukkan komitmen membela pemain warisan yang menjadi mangsa keadaan.

“Pendekatan baginda mencerminkan kepimpinan berintegriti tegas menuntut keadilan, namun adil terhadap mereka yang tidak bersalah,” katanya.

Sehubungan itu, MCW menggesa FAM melaksanakan audit tadbir urus dan integriti menyeluruh, menilai semula prosedur kelulusan pemain, serta menubuhkan Jawatankuasa Audit dan Integriti Bebas yang mampu memantau kepatuhan dan menasihati pengurusan tertinggi secara bebas.

Selain itu, MCW turut menyeru Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memperkukuh dasar Good Governance in Sports dengan mewajibkan piawaian integriti, ketelusan kewangan serta latihan etika bagi semua pegawai persatuan.

“Krisis ini mesti menjadi titik perubahan. Reformasi integriti bola sepak perlu bermula dengan keberanian memperbetulkan sistem, bukan mencari kambing hitam,” katanya. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: PDRM larang perhimpunan di Ampang Park atas faktor keselamatan
Next: Anwar, Presiden FIFA bincang perkukuh ekosistem bola sepak Malaysia

Related Stories

Marc Marquez
  • SUKAN

Marquez ungguli GP Malaysia, Acosta kedua

Solomon 01/11/2026 0
Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0

TERKINI

  • Hampir 100 kakitangan Media Mulia diberi cuti berbayar
  • PM baharu perlu utamakan 10 agenda kenegaraan
  • MCW mahu Ketua Pengarah AKPS baharu berintegriti, berpengalaman
  • Koperasi HTK jalin kerjasama bangunkan desa pelancongan
  • VFive Group salur sumbangan kepada PERYATIM
No comments to show.

ARKIB

  • November 2026
  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by