Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • PELBAGAI

Warga emas cedera rusuk, diserang lelaki Indonesia di Cheras

Panya Isamael 28/10/2025 (Last updated: 28/10/2025) 0 comments
1863650

CHERAS – Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas bertindak mencederakan seorang warga emas dalam kejadian amuk di Pangsapuri Miharja Fasa 1, Cheras, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.40 pagi sebelum Unit Rondaan Bermotosikal dikerahkan ke lokasi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu telah pergi ke rumah mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 78 tahun.

“Suspek mengetuk pintu rumah mangsa dengan kuat menggunakan sebilah pisau sehingga bilahnya patah dan tercampak ke dalam longkang.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahagian rusuk kanan,” katanya dalam kenyataan.

Aidil berkata, saksi di lokasi mendakwa suspek turut mengganggu penduduk dan membuat bising sejak tiga hari lalu.

“Polis berjaya menahan suspek pada pukul 1.38 tengah hari dan merampas sebilah pisau patah berukuran 34 sentimeter.

“Suspek kemudian dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk rawatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mencederakan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. - DETIK MALAYSIA

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: 3 pemain kongsi kedudukan pendahulu Kejohanan Golf Srixon 100PLUS Remaja Antarabangsa 2025
Next: Maybank Championship kembali gabung bakat dunia, semangat ASEAN

Related Stories

sultan perak
  • PELBAGAI

Titah Sultan Perak penting dihayati untuk angkat peranan masjid

Panya Isamael 24/08/2026 0
Dr. Solehah Yaacob
  • PELBAGAI

UIAM nafi Dr. Solehah Yaacob masih profesor

Panya Isamael 23/08/2026 0
SOCCHW
  • PELBAGAI

35 sekolah luar negara sertai SOCCHW 2026

Solomon 21/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by