Skip to content
25/08/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Maybank Championship kembali gabung bakat dunia, semangat ASEAN

Panya Isamael 28/10/2025 (Last updated: 28/10/2025) 0 comments
MC24_Spectator-scaled

KUALA LUMPUR – Kejohanan golf berprestij, Maybank Championship kembali menemui peminat dengan edisi ketiganya dari 30 Oktober hingga 2 November ini di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), menampilkan barisan pemain terbaik dunia serta keunikan budaya dan komuniti ASEAN dalam satu acara penuh warna.

Tahun ini, kejohanan bukan sekadar memperlihatkan aksi golf bertaraf dunia, tetapi turut meraikan warisan, kreativiti dan perpaduan serantau menerusi pelbagai aktiviti di Maybank Village.

Bintang utama dunia yang bakal beraksi termasuk pemain No.1 dunia, Jeeno Thitikul dari Thailand yang sudah meraih dua gelaran LPGA musim ini, disertai juara bertahan Ruoning Yin dari China serta pemenang 2023, Celine Boutier dari Perancis.

Turut menyertai barisan mantap itu ialah Grace Kim, Miyu Yamashita, Lydia Ko, Angel Yin dan pasangan kembar Akie serta Chisato Iwai, menjadikan kejohanan kali ini antara yang paling kompetitif dalam kalendar LPGA 2025.

Malaysia turut diwakili oleh Mirabel Ting, Ashley Lau, Kelly Tan, Liyana Durisic dan Genevieve Ling, yang bakal bersaing merebut Tiger Trophy serta sebahagian daripada hadiah keseluruhan berjumlah AS$3 juta (RM14.3 juta) yang tertinggi dalam sejarah golf wanita rantau ini.

Dalam usaha mencungkil bakat baharu, ASEAN Qualifier memperkenalkan bintang muda seperti Kritchanya Kaopattanaskul, Achiraya Sriwong, Namo Luangnitikul, Cholcheva Wongras dan Kan Bunnabodee, membuktikan komitmen penganjur terhadap pembangunan bakat serantau.

Bukan hanya di padang, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai tarikan di Maybank Village seperti pameran seni dan kraf tangan menerusi program Maybank Women Eco-Weavers, yang membantu lebih 2,000 wanita di Asia Tenggara meneruskan warisan tenunan tradisional dengan pendekatan lestari.

Kempen Save a Heart dengan kerjasama Institut Jantung Negara (IJN) turut diteruskan bagi membantu kanak-kanak ASEAN yang memerlukan rawatan jantung. Orang ramai boleh menyumbang dengan membeli Maybank Championship Umbrella pada harga minimum RM10, di mana hasil jualan disalurkan terus kepada dana berkenaan.

Selain itu, Balai Seni Art Series (BSAS) akan menampilkan karya artis tempatan termasuk peserta pertandingan MyTiger Values Art Competition, manakala pelumba basikal Olimpik dua kali, Shah Firdaus, turut dijadualkan membuat penampilan khas bersama peminat.

Kanak-kanak boleh menyertai aktiviti pendidikan kewangan di MAE Kids Zone, manakala peminat golf boleh menguji kemahiran di MST × Maybank Golf Simulator yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Tidak ketinggalan, AI Tiger Experience membolehkan pengunjung berinteraksi dengan simbol kebanggaan negara itu secara digital, manakala Sama-Sama Lokal Bistro menawarkan sajian tempatan dengan transaksi tanpa tunai melalui aplikasi MAE.

Menurut wakil Maybank, kejohanan tahun ini terus membawa semangat kesatuan dan kebaikan sosial.

“Maybank Championship bukan sekadar acara sukan, tetapi platform yang menghubungkan komuniti, mengangkat kreativiti dan memberi impak bermakna di luar padang,” katanya. - DETIK MALAYSIA

🎟 Maklumat Tiket:

Pemegang Kad Maybank & Pengguna MAE: Masuk Percuma

Kanak-kanak bawah 12 tahun: Percuma

Pas Hari Biasa (Khamis & Jumaat): RM38

Pas Hujung Minggu (Sabtu & Ahad): RM68

Pas Musim (4 hari): RM88

Maklumat lanjut di laman rasmi Maybank Championship 2025 Ticketing.

Foto kredit - Maybank

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Warga emas cedera rusuk, diserang lelaki Indonesia di Cheras
Next: Peminat America De Cali ucap terima kasih kepada Malaysia

Related Stories

MFL
  • SUKAN

MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0

Arisna Wiguna 25/08/2026 0
taekwondo
  • SUKAN

500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka

Panya Isamael 25/08/2026 0
Naib Canselor UPSI
  • SUKAN

Naib Canselor UPSI sebak Danish kalung tiga pingat emas

Arisna Wiguna 23/08/2026 0

TERKINI

  • MFL beri Negeri Sembilan kemenangan percuma 3-0
  • 500 peserta meriahkan kejohanan Taekwondo, semarak semangat Merdeka
  • Kesedaran keselamatan makanan bantu keluarga urus bajet dapur
  • SPRM, KPKM wajar jelaskan status siasatan pegawai kanan KADA
  • MAPIM kecam sekatan AS terhadap ICC, gesa Washington dipertanggungjawabkan
No comments to show.

ARKIB

  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by