YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara Selatan, di Juru, Pulau Pinang. 8 November 2025. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri. NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the visual or facts mention
BUKIT MERTAJAM – Projek Penyuraian Trafik di antara Plaza Tol Juru dan Plaza Tol Sungai Dua di Lebuhraya Utara Selatan merupakan bukti nyata komitmen kerajaan dalam usaha menyenangkan kehidupan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek berskala besar itu tercetus hasil suara hati rakyat, khususnya penduduk Pulau Pinang dan bahagian utara Semenanjung, yang sekian lama berdepan masalah kesesakan lalu lintas yang membebankan.
“Projek raksasa ini digerakkan melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri, PLUS dan agensi-agensi teknikal lain. Kos juga dikongsi bersama agar bebannya tidak jatuh ke pundak rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata, langkah itu selari dengan pendekatan madani yang menekankan pembangunan inklusif dan seimbang untuk kesejahteraan rakyat.
Anwar turut menepis pandangan segelintir pihak yang menentang projek Transit Aliran Ringan (LRT) di negeri itu dengan alasan kos yang tinggi.
Katanya, peningkatan kos disebabkan peluasan jajaran projek tersebut yang kini disambungkan terus ke Seberang Perai (Penang Sentral), bagi memastikan manfaatnya dapat dirasai lebih ramai rakyat.
“Kita mahu pembangunan yang tidak hanya tertumpu di pulau, tetapi terangkum untuk semua. Pulau Pinang akan terus menjadi pemacu ekonomi negara dengan prasarana moden, lestari dan inklusif,” katanya. - DETIK MALAYSIA
Foto kredit - Anwar Ibrahim