Skip to content
30/10/2026
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
DETIK MALAYSIA

DETIK MALAYSIA

FAST NEWS. REAL TALK !

Primary Menu
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
Light/Dark Button
FB
  • SUKAN

Bergson akui misi pertahan trofi bukan mudah

Panya Isamael 08/11/2025 (Last updated: 08/11/2025) 0 comments
576827839_1408228550673117_5900298029373005102_n

KUALA LUMPUR - Bergson da Silva mengakui misi mempertahankan trofi bukan mudah setiap musim untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) kini fokus kepada aksi separuh akhir Piala FA menentang Kuching City FC, pada Ahad.

JDT mendapat motivasi tambahan selepas menang ke atas Shanghai Shenhua 3-1 dalam aksi ACL Elite (ACLE) 2025-2026 pada Rabu lalu sekaligus mahu meneruskan rentak kemenangan bagi mendapat bekalan selesa apabila bakal berkunjung ke Stadium Negeri.

Bagi pemain kelahiran Brazil itu, dia tidak pernah mengambil mudah setiap perlawanan bermula dari pusingan 16 sehinggalah mereka mara ke separuh akhir ini untuk cuba mempertahankan kejuaraan buat kali ke 4 berturut-turut.

Dengan rekod Kuching City setakat ini yang kali pertama dalam sejarah mara ke pentas separuh akhir Piala FA, sudah tentu anak buah Aidil Sharin Sahak itu tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan pertembungan yang lebih agresif bagi JDT lebih berjaga-jaga sebelum menerima kunjungan lawan pula dalam aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim.

“Kita telah hadapi minggu yang padat dan mencabar, dengan aksi ACLE dan selepas itu perlu fokus separuh akhir (Piala FA) pula.

“Jadi, kita tidak boleh tertekan dan kena cuba rehat sebaiknya untuk fikir tugas akan datang bagi mendapatkan keputusan lebih baik.

“Tapi untuk kami di JDT, kita bukan sahaja fikir pasal final, tapi daripada awal lagi kita dah fokus sejak pusingan 16, suku akhir sampailah ke separuh akhir.

“Jadi, kita kena teruskan momentum ini apatah lagi JDT adalah juara bertahan dan perlu lakukan segalanya satu demi satu untuk lebih bersedia dalam setiap aksi”, jelasnya.

Selain aksi antara Kuching City dan JDT, satu lagi pertembungan separuh akhir membabitkan Selangor FC yang bakal hadir ke Stadium Likas untuk berdepan Sabah FC pada Ahad ini. - DETIK MALAYSIA

Foto kredit - JST

About the Author

Panya Isamael

Administrator

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Projek pecah tanah Juru–Sungai Dua bukti komitmen kerajaan ringankan beban rakyat
Next: Unionistas tamatkan pinjaman Palmero selepas FIFA kekal gantung setahun

Related Stories

Kuching City
  • SUKAN

Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC

Solomon 29/10/2026 0
ZK Racing
  • SUKAN

Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang

Solomon 29/10/2026 0
CelcomDigi and ZK Racing
  • SUKAN

CelcomDigi and ZK Racing to find the next Hakim Danish and Qabil Irfan through MotoMini Malaysia 

Panya Isamael 29/10/2026 0

TERKINI

  • KEMPEN KEBENCIAN DI MEDIA SOSIAL BOLEH CETUS KEGANASAN
  • CelcomDigi hargai lebih 20 juta pelanggan
  • Kuching City terus buntu, tewas tipis kepada Gangwon FC
  • Hakim Danish bersemangat buru keputusan terbaik di Sepang
  • MAPIM calls for MADANI approach to Rohingya issue in Malaysia
No comments to show.

ARKIB

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • Hubungi Kami
  • Terma & Syarat
  • Dasar Privasi
  • Penafian
© 2026 Detik Malaysia. Semua Hak Cipta Terpelihara. | ReviewNews by AF themes.

Powered by
...
►
Necessary cookies enable essential site features like secure log-ins and consent preference adjustments. They do not store personal data.
None
►
Functional cookies support features like content sharing on social media, collecting feedback, and enabling third-party tools.
None
►
Analytical cookies track visitor interactions, providing insights on metrics like visitor count, bounce rate, and traffic sources.
None
►
Advertisement cookies deliver personalized ads based on your previous visits and analyze the effectiveness of ad campaigns.
None
►
Unclassified cookies are cookies that we are in the process of classifying, together with the providers of individual cookies.
None
Powered by